Shahrul Nizam – Penangguhan Bayaran Balik PTPTN & PTPK

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN DAN PTPK.

 

1. Kerajaan telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun.

2. Penangguhan bayaran balik PTPTN dijangka memberi manfaat kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan tersebut adalah RM375 juta.

3. Mahasiswa Keadilan Malaysia menyokong dan menghargai usaha kerajaan yang menangguhkan bayaran balik PTPTN dan PTPK selama 6 bulan.

4. Usaha ini dijangka akan memberi ruang kepada peminjam untuk menggunakan duit bayaran itu untuk berbelanja dikala negara dilanda pandemik COVID-19.

 

Shahrul Nizam,
Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia.

Leave a Reply