Perkokoh solidariti, IMM Malaysia kembara ke Utara

 Barisan pengerusi IMM Malaysia didepan Masjid Zahir,Alor setar

Alor Setar –  Dalam usaha membina solidariti dengan para ahlinya di bahagian utara Malaysia (Kedah, perlis,dan penang) cawangan istimewa  Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah di Malaysia melakukan kembara selama dua hari pada tanggal 1 – 2 mei 2022. Perjalanan dimulakan dari Rumah dakwah Muhammadiyah di gombak yang berdekatan dengan kampus UIA  pada pukul 07.00 pagi.

Dari Kuala Lumpur ada 8 orang  pengerusi IMM Malaysia   yang ikut sertai kembara ini diantara Aunilah Ahmad (Ketua IMM Malaysia 2022/2024), Octavia Nuha ( Ajk wanita IMM Malaysia), Mansurni Abadi (Ajk penelitian dan riset IMM Malaysia),  Husaini Ahmad (Pengerusi perkaderan), Fachri Akbar (Pengerusi perkaderan IMM Malaysia), dan Lainnya. kemudian di perak menjemput Amalia isna (Ajk penelitian dan riset IMM Malaysia ) dan dipenang menjemput Rajih Arraki (Setiausaha IMM Malaysia 2022/2024).

Rombongan tiba sekitar pukul 19.00 di dataran masjid Zahir , Alor setar kemudian bertemu dengan rombongan kader yang mengaji di Universiti Antarabangsa Albukhary yang di pimpin oleh Hendri yang juga ketua bahagian ekonomi IMM Malaysia.  ” Kunjungan ini selain mempererat silahturahmi, juga untuk membahas hal-hal penting terkait pergerakan “, kata Aunilah Ahmad, ketua IMM yang kerap dipangil Ulin itu.

Selepas berbuka rombongan mengadakan mesyuarat membahas agenda kepengurusan mendatang yang salah satu akan mengadakan pelatihan tahap lanjut dan dasar.  keesokan harinya, rombongan mengunjungi AIU untuk mengambil gambar dan video untuk keperluan ucapan raya selepas itu bergerak ke Kuala nerang bertemu salah satu penyelaras pendirian Universiti Muhammadiyah Antarbangsa Malaysia (UMAM) di Arau, Perlis yang dijangka akan berdiri 2 tahun lagi . Rombongan bertolak pulang ke KL pada tanggal 2 mei dini hari, dan kemudian sholat hari raya di Masjid UIA.

 

 

Leave a Reply