Semalam, Dr Noraini Ahmad menerusi ciapan beliau di twitter telah mewujudkan pertandingan Tiktok buat seluruh mahasiswa IPT. Objektif utamanya adalah untuk mengurangkan kebosanan mahasiswa di IPT atau Rumah. Mahasiswa AMANAH Nasional merasakan perkara ini sangat ironi dengan tugas seorang Menteri yang ditugaskan menjaga Institusi intelektual dan akademik.

Walaupun ciapan tersebut telah dibuang oleh pihak Menteri di Media sosial, kami merasakan bahawa perancangan untuk menganjurkan aktiviti ini menunjukkan bahawa Menteri KPT tidak menghormati Intelek dan memperbudak budakkan mahasiswa. Mahasiswa sepatutnya disulami dengan aktiviti yang membudayakan ilmu dan aktivisme. Oleh itu, kami mencadangkan supaya Inisiatif Malaysia Membaca yang dibawa oleh Menteri Pendidikan sebelum ini Dr Maszlee Malik di era Pakatan Harapan diperkasakan semula ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Hal ini sangat seiring dengan tuntutan dan aspirasi mahasiswa sebagai ejen pencerahan buat masyarakat.

KPT juga perlu mengambil peranan dalam menyelesaikan isu dasar mahasiswa dan universiti yang terkesan kerana wabak pandemik Covid-19. Saranan kami dari MA Nasional, KPT perlu menyediakan perancangan jangka masa panjang berkenaan hala tuju pembelajaran atas talian dari segi mekanisme. Kami juga mengambil maklum, masih ada lagi kelompongan dalam dasar yang masih belum dijelaskan oleh KPT selaku payung kepada institusi pengajian tinggi seperti status pelajar yang mengambil latihan industri, Masalah kesihatan mental mahasiswa yang semakin meruncing ketika wabak ini, Akses internet yang terbatas oleh mahasiswa yang kurang berkemampuan.

Mahasiswa AMANAH Nasional menyeru kepada rakan rakan mahasiswa untuk memanfaatkan cuti ini dengan memperkasakan kemahiran dalam setiap aspek melalui pembacaan dan meneroka ilmu dan input baharu sepanjang tempoh PKP ini. Kegagalan Menteri KPT memberi aspirasi kepada mahasiswa jelas menunjukkan antara kelemahan terbesar di dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

AMIN MUBARAK,
Pengerusi Mahasiswa AMANAH Nasional

Leave a Reply