KPDNHEP TIDAK SENSITIF! APA SALAH RAKYAT? 

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengesahkan bahawa harga siling bagi topeng muka meningkat sebanyak RM2 berbanding 80 sen sebelum ini. Menurut sumber, ianya disebabkan kekurangan bahan memproses serta berlaku kenaikan harga pada bahan asas produk ini. Walau bagaimanapun, kami berpendapat peningkatan harga tersebut terlalu tinggi, ianya boleh dibendung melalui budi bicara kerajaan untuk melakukan pembelian secara pukal sebagai contohnya.

2. Kami juga berpendapat, bagi meringankan beban rakyat untuk mendapatkan topeng muka bagi mencegah wabak Covid-19, pemberian subsidi sebanyak RM1.20 perlu diberikan supaya harga asal produk tersebut dapat dikekalkan. Hal ini kerana keperluan sara hidup seharian rakyat terhad memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung.

3. Kerajaan juga perlu berbincang tentang dasar pelepasan cukai secara konsesi yang lebih sistematik khususnya terhadap sumbangan masyarakat dan syarikat untuk membiayai mesin pengudaraan, topeng muka dan hand sanitizer atau pembersih tangan sebagai contoh. Secara tidak langsung, ini akan mengalakkan industri mewujudkan pelaburan dalam kerangka yang lebih besar untuk menghasilkan produk tersebut.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Firzan Hakimi
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Mahasiswa Keadilan Malaysia

Leave a Reply