Penyerahan Memorandum Menuntut Jaminan Keselamatan dalam Kampus

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) bersama gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda yang lain akan membuatkan serahan memorandum Menuntut Jaminan Keselamatan Dalam Kampus (Universiti Malaysia Sabah) pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 10 pagi
Tempat :
1. Menara Parlimen
2. Pejabat Ketua Menteri Sabah

Tema pakaian : Kemas dan Sopan. Berwarna Merah/Hitam.

Gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda akan menyertakan beberapa tuntutan yang berkait rapat dengan keselamatan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang selama ini seakan tidak dipandang berat oleh pihak yang sepatutnya.

Selain itu, gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda yang terlibat juga sangat berharap selepas penghantaran memorandum tersebut, keselamatan mahasiswa semasa berada di kampus akan terjamin dengan lebih baik.

Melalui kenyataan ini juga, kami di gerakan anak muda dan mahasiswa ingin bersolidariti penuh kepada seorang siswi Universiti Malaysia Sabah yang telah menjadi mangsa cubaan rogol. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Kenyataan bersama:
1. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
2. Sinergi Mahasiswa
3. Suara Mahasiswa
4. Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) Universiti Malaysia Sabah
5. Terjebak Komuniti
6. Borneo Komrad
7. SIGMA

Leave a Reply