Pengerusi Majlis Politik Nasionalnya, Yazid Khairul Azman berkata, perhimpunan tersebut turut bertujuan untuk menyatakan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mementingkan manifesto sampingan tetapi mengabaikan manifesto utama yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

“Gamis menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan penuh pelaksanaan UEC. Kami bersedia bersemuka dengan Menteri Pendidikan dan wakil Dong Jiao Zong bagi menyatakan hasrat kemarahan terhadap isu pelaksanaan UEC ini.

“Kami melihat keperluan UEC untuk diiktiraf sebagai sijil (kemasukan) di universiti awam adalah tidak berasas dan menimbulkan lagi jurang sosiomasyarakat Malaysia,” katanya dalam sebuah kenyataan seperti dipetik menerusi portal Harakahdaily, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE