Farahani terajui Projek Zine

Setelah berehat lebih setahun, Projek Zine akan diteruskan. Sekurang-kurangnya akan memberi bahan bacaan percuma 3 bulan sekali. Kini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Eppy Farahani Rosman.

Pasukan asal Projek Zine (10 orang) akan bertindak sebagai penasihat dan penulis.

Dia memerlukan pasukan — jika berminat untuk projek menulis dan berkongsi dengan orang lain, jemput sertai Projek Zine.

Dia optimis akan mengeluarkan Zine Percuma bertemakan kemerdekaan menjelang hari Kebangsaan.

Penerbitan Zine itulah pula akan diterbitkan di Nadi Mahasiswa Malaysia.

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

Rahman Imuda
Pengasas Projek Zine

Leave a Reply