ISU dan KRITIKAN
1. Pemantauan dilakukan HEPA selama sebulan tetapi di mana keterlibatan mahasiswa dalam proses membuat keputusan. Kegagalan kepimpinan YDP tahun ini amat ketara dalam memimpin 40 orang MPP

2. Permansuhan pada 4 JUN 2018 namun hanya notis singkat diberikan. Mahasiswa masih dalam minggu peperiksaan. Boleh dianjakkan perlaksanaan dan kajian yang lebih menyeluruh selepas peperiksaan.

3. Justifikasi Pasar Malam mulai 12.30 tengah hari dan pelajar pulang dari sekolah adalah alasan remeh. (rujuk solusi)

Hentian yang dimansuhkan;
a) Hentian Kondo Rakyat
b) Hentian Pantai Hill Park

Solusi.
1) Rujuk laluan Bas RapidKL T789. Pada hari Isnin dan Rabu, bas akan tetap ke Hentian Kondo Rakyat namun menggunakan laluan alternatif. Ini penting supaya tidak menidakkan hak mahasiswa yang menggunakan Hentian Kondo Rakyat dan Pantai Hill Park.

2) Alasan “penduduk meletakkan kenderaan di kiri dan kanan simpang” digunakan. Pengunaan bas boleh diganti dengan medium pengangkutan yang lebih sesuai. Contoh Bas Mini/ Van.

3) Sebarang keputusan yang melibatkan mahasiswa mesti bersifat inklusif dan menganggap mahasiswa sebagai rakan setara universiti.

Rungutan Berbangkit
i) Insiden; sebelum permansuhan laluan ini, pemandu tidak masuk ke simpang Jalan Pantai Permai 1 (simpang Bazaria) walaupun bukan pada hari Isnin Rabu (Pasar Malam).*

ii) Kekerapan perjalanan bas yang tidak konsisten dan mengikut jadual.

*Rungutan telah dimajukan MPP namun tiada respon daripada pihak bertanggungjawab.

Kesimpulan.
1) Isu bas bukan isu baru. Keterbukaan mahasiswa untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah sering dipinggirkan.

2) Kita punya kepimpinan wakil mahasiswa namun yang seharusnya bekerjasama dalam isu ini namun masih gagal.

3) Mahasiswa mengharapkan perubahan yang sejajar dengan perubahan landskap negara. Universiti harus lebih terbuka dengan melibatkan mahasiswa di dalam urustadbir kampus.

Leave a Reply