1. Pertama sekali, kami daripada Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah mengucapkan selamat datang kepada Suara Mahasiswa UTHM yang baru saja ditubuhkan.

2. Penubuhan Suara Mahasiswa UTHM ini adalah satu inisiatif yang baik bagi mengangkat isu-isu mahasiswa di UTHM.

3. Kami percaya penubuhan Suara Mahasiswa UTHM adalah suatu kebangkitan mahasiswa untuk mencapai kebebasan bersuara dan kebebasan beraktivisme didalam kampus.

4. Semoga Suara Mahasiswa UTHM terus mengangkat isu-isu mahasiswa didalam kampus ataupun diperingkat nasional. Kita semua sedar, bahawa gerakan mahasiswa adalah salah satu gerakan yang akan membangkitkan semangat mahasiswa.

5. Kita sendiri sedar, bahawa tidak banyak gerakan yang berani dan mandiri didalam kampus, semoga dapat menyemai semangat dalam kalangan mahasiswa yang berani beraktivisme.

6. Teruskan dengan perjuangan yang berpegang dengan Kebajikan, Kemasyarakatan dan Berintelektual dalam kalangan mahasiswa.

7. Selamat Buat Suara Mahasiswa UTHM! Bangkit dan Terus Melawan!

Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa, Dari Mahasiswa Untuk Rakyat Malaysia.

Fahreen Bin Beddu
Presiden Suara Mahasiswa
Universiti Malaysia Sabah

Leave a Reply