DEMOKRAT UKM telah melancarkan kaji selidik berkenaan PRK UKM 2017 semalam dan setelah 30 jam, kami berjaya mendapatkan 233 responden. Seperti yang didedahkan dalam sidang media kami, setakat jam 2256, 73.9% responden kami yang terdiri daripada mahasiswa UKM bersetuju bahawa PRK UKM 2017 kotor dan tidak adil. Keseluruhan dapatan kajian , kami lampirkan di sini.

Kami desak pihak pentadbiran untuk ambil kisah tentang luahan mahasiswa UKM ini Dan DEMOKRAT UKM tidak akan berhenti mendesak pentadbiran UKM sehingga isu ini diselesaikan. mohon mahasiswa UKM terus bersama kami dalam usaha menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Jika pentadbiran tidak mampu untuk membuat PRK yang bersih, usahlah bazir masa dan wang mahasiswa UKM untuk membuat pilihanraya, lantik sajalah calon calon yang disayangi anda sebagai MPP.

Sekian
DEMOKRAT UKM

TOGETHER WE FIGHT FOR DEMOCRACY

Leave a Reply