Ramai yang mulai bertanya tentang perancangan Suara Mahasiswa untuk Pilihanraya Kampus(PRK). Pertama, Suara Mahasiswa akan maklumkan presiden baru menggantikan aku dalam masa terdekat. Tunggu. Yang berminat bersama kami boleh pm aku atau page rasmi Suara Mahasiswa UMS.

Kedua, Suara Mahasiswa tak terlalu bernafsu pun dalam pilihanraya kampus. Kita dari awal tidak percaya kaedah pengundian atas talian(e-voting) ini. Kami terjun ke politik kampus ini dengan matlamat yang berbeza. Diam dan tidak peduli akan menyebabkan lebih banyak kerosakkan.

Kami mahu menjadikan pentas PRK sebagai medium untuk menyebarkan idea-idea baru, mengkritik secara terbuka kepincangan pentandbiran universiti dan mengajak mahasiswa untuk berbakti untuk masyarakat. Turun memasyarakat mahasiswa membuka sekolah, bersosialisasi, memikirkan tentang ekonomi dan alam sekitar.

Itulah sebabnya calon-calon kami sebelum ini tidak suka berlebihan menempel muka, menyebut nombor calon dan membuat propaganda murahan.

Kita percaya kemenangan akan berpihak kepada yang bekerja dan mempunyai idea yang banyak lalu mampu menyelesaikan masalah sekitar.

Kemenangan kita bukan kemenangan meterialistik iaitu mendapat jawatan atau kuasa. Kemenangan kita adalah suatu perlawanan yang panjang meninggalkan perubahan-perubahan didalamnya. Dan perubahan itu mampu dinikmati dari generasi-genarsi yang panjang.

Hidup MAHASISWA!

“Berdikari dan bekerja!”

#SuaraMahasiswa

Mukmin Nantang
(SUARA MAHASISWA)

Leave a Reply