PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ADA HIKMAHNYA

PKP memang tidak dapat sangkal bahawa amat menjejaskan prestasi ekonomi global mahupun negara yang dilanda wabak COVID19 khususnya negara Malaysia. Pelbagai pihak merasai kesusahan dalam konteks ekonomi. Ia dimaksudkan dengan pihak kerajaan, firma-firma besar dan kecil, semua pengguna yang terdiri daripada lapisan masyarakat yang berbeza tahap pendapatannya (T20, M40, B40). Kita boleh lihat sumber ekonomi yang begitu terhad tidak dapat mampu menampung permintaan pengguna yang mencapai tahap maksima. Sangatlah terkesan kepada semua pihak.

Namun begitu, penulisan saya pada hari ini untuk melihat sisi yang berbeza. Iaitu ada hikmah penularan COVID19 di Malaysia dan sekaligus wujudnya Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Apa manfaatnya melalui Perintah Kawalan Pergerakan?

1. Banyak masa dengan Tuhan

Saya yakin, sebelum adanya PKP kita ada masa untuk beribadah kepada Allah. Cumanya, masa yang kita ada itu tidaklah sebanyak waktu pelaksanaan PKP. Dahulu, masa kita banyak dihabiskan dengan urusan kerjaya, pendidikan, dan sebagainya. Bahasa mudahnya banyak fikirkan tentang dunia semata-mata. Kurang masa kita untuk Allah.

Saya sebagai seorang mahasiswa. Lihat sahajalah jadual harian. Pagi dan petang ada kuliah serta diselitkan masa untuk bekerja part time. Malam pula sibuk dengan siapkan assignment, meeting, dan berehat. Kita berjumpa Allah tidak begitu lama. Hanya menunaikan solat fardhu waktu kita untuk bersamaNya. Begitu limitasinya waktu ketika itu.

Sekarang, kita ada banyak masa. Bahkan mungkin kadang kala merasa kebosanan sehingga tidak tahu untuk berbuat apa. Jadi, saya ingin berpesan dan menasihatkan kepada diri saya sendiri dan semua orang khususnya mahasiswa, pelajar, dan murid-murid untuk manfaatkanlah masa ini untuk dekatkan diri dengan Allah. Banyakkanlah beribadah dengan Allah. Tambahkan amalan nawafil ataupun amalan sunat untuk menambah baik dan membaiki hubungan kita dengan Allah.

Semoga hubungan kita dengan Allah terpelihara dan diberkati sepanjang kehidupan kita sebagai seorang manusia.

 

2. Banyak masa dengan Keluarga

Sebelum PKP, sibuk sangat dengan urusan kerjaya. Sibuk sangat dengan aktiviti di kampus. Sehinggakan tiada masa untuk keluarga. Waktu itu pulang ke rumah jika ada masa. Kadang-kadang tidak sempat untuk bertanya khabar ahli keluarga melalui telefon. Begitu terhadnya masa untuk bersama dengan ahli keluarga.

Hari ini, dalam pelaksanaan PKP, ada banyak masa dengan ahli keluarga. Boleh makan bersama. Boleh tonton televisyen bersama. Boleh masak bersama. Boleh kemas rumah bersama. Boleh bergurau senda bersama. Boleh belajar bersama. Macam-macamlah bersama. Ini satu peluang yang Allah berikan untuk dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Ambil peluang ini dan gunakannya untuk dekatkan diri dengan keluarga. Berinteraksilah bersama-sama secara fizikal di dalam rumah. Kurangkan penggunaan telefon bimbit jika urusan tidak berfaedah. Manfaatkan peluang ini selagi masih ada.

 

MUHAMMAD FAUZAN BIN MISWADI
Mahasiswa Kaunseling Universiti Malaya

Leave a Reply