Pengenalan Presiden Suara Mahasiswa!

Saudara WAN ZAWAWI BIN BAKRI merupakan seorang mahasiswa berasal dari Tawau Sabah dan mengambil jurusan Sejarah di Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Saudara Wan Zawawi merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dalam aktiviti berorganisasi dalam dan luar kampus. Beliau merupakan salah seorang majlis tertinggi dalam Persatuan Sejarah dan Warisan (PEWARIS). Manakalah untuk organisasi luar beliau bergiat aktif dalam Ikatan Anak Muda Tawau- IKAT dan Ikatan Anak Muda Balung.

Untuk pengetahuan semua saudara Wan Zawawi antara mahasiswa yang terlibat dalam menuntut jaminan keselamatan didalam kampus. Beliau merupakan tulang belakang iaitu pengerak dalam melaksanakan gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda.

Saudara Wan Zawawi merasakan Suara Mahasiswa UMS adalah salah satu medium yang mampu membentuk sebuah gerakan Mahasiswa yang berani untuk melawan ketidakadilan yang berlaku serta peduli akan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dan rakyat sekitarnya. Hal ini dapat meningkatkan dan membangkitkan jiwa mahasiswa di Universiti,

Beliau juga berpendapat bahawa campur tangan dan sikap pilih bulu(kronisme) pentadbiran di dalam politik kampus membuatkan budaya politik di dalam universiti menjadi tempang dan tidak matang. Kekangan yang melampau dibuat oleh pihak pentadbiran telah membunuh budaya pemikiran kritis sehinggakan mahasiswa takut bersuara, menyampaikan idea dan pandangan secara kritisnya.

Slogan hidup beliau adalah “Jangan Mengalah Selagi Tak Dapat, Usaha Tangga Kejayaan”.

Tahniah dan selamat maju jaya buat Saudara Wan Zawawi dan angkatan Suara Mahasiswa! Mohon doa semua dipermudah segala urusan.

Hidup mahasiswa!
Hidup rakyat!

Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa
Dari Mahasiswa Untuk Rakyat Malaysia

Leave a Reply