Mahasiswa sudah bebas dari cengkaman kuasa atasan universiti !

Ini yang kita sangka? Ini yang kita mahu ?

Pun demikian hari ini seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar UTHM telah diperas ugut oleh seorang staf Universiti UTHM kerana tidak bertanding atas tiket Pro-A yang dikatakan adalah parti kerajaan di dalam universiti.

Beliau juga diberitahu oleh staf tersebut bahawa beliau akan menghadapi masalah dengan biasiswa JPA beliau sekiranya beliau tidak bertanding atas tiket Pro-A.

Perbuatan ini amat menyalahi perlembagaan Malaysia iaitu Kebebasan Hak Asasi Perkara 5. Kebebasan Diri yang menuntut

1) Tiada seorang pun boleh diambil nyanwanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang undang

MAHASISWA BUKAN PATUNG ! MAHASISWA SUDAH BEBAS ! HIDUP ! HIDUP ! MAHASISWA !

Bangkit mahasiswa ! Hak kita bukan untuk ditindas oleh kerajaan UNIVERSITI !

Suara Mahasiswa , Saluran Perjuangan

Leave a Reply