Aktivis kecewa jawapan klise Menteri Pendidikan

Setelah beberapa hari, Menteri Pendidikan hari ini telah respon kepada isu mahasiswa UMS yang dirogol dan dicederakan oleh staf keselamatan kampus.

Hampir seminggu kerja-kerja menekan ini telah dijalankan oleh mahasiswa.

https://youtu.be/oqPi5xwRCEM

Atas semangat setiakawan mahasiswa di Sabah, Demokrat UM dan UKM telah Parlimen untuk mendesak keadilan.

1. Mangsa mendapat pembelaan dan sokongan.
2. Mahasiswa dijamin keselamatan di kampus.
3. Gangguan seksual tidak dipandang ringan.
4. Mahasiswa tidak diugut dengan AUKU bila bangkit melawan penindasan.

Berkenaan kes rogol mahasiswa itu, tertuduh telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan dan akan dibicarakan.

Jadi apabila Menteri Pendidikan beri jawapan klise – PDRM masih siasat, aku tidak pasti jika beliau faham isu isu kritikal yang terkait. Apatah lagi untuk faham tuntutan mahasiswa.

Maaf. Melarikan diri dari bersemuka dengan front mahasiswa hanya akan memburukkan keadaan.

Daniel Mizan Qayyum

Leave a Reply