KENYATAAN MEDIA MAHASISWA KEADILAN MALAYSIA

Dalam membina Malaysia Baru, undang-undang yang zalim dan menyekat kebebasan bersuara biarpun suara mereka yang dizahirkan adalah sesuatu yang luar daripada norma kebiasaan rakyat Malaysia dan sering menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

Betul, kita rakyat Malaysia dan menjadi kewajipan kita untuk memastikan sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen dipertahankan dengan segala usaha dan daya kerana inilah yang membentuk Negara kita sehingga dikenali duniai oleh kerana kepelbagaian kaum dan etnik yang masih lagi hidup aman dan damai dibawah satu kerajaan yang bekerja untuk rakyat dan Negara.

Namun, dalam kita menyebut soal demokrasi, membalas hujah yang dilihat sensitif dengan undang-undang yang jelas menjerat individu tersebut adalah satu tindakan yang sangat tidak relevan. Kita dalam usaha membina sebuah negara Malaysia yang berfungsi untuk semua, majoriti dan juga untuk minoriti.

Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan dan berpendapat dalam sesuatu isu yang mereka lihat penting untuk kita perhalusi.

Maka, Mahasiswa Keadilan Malaysia menuntut agar Kerajaan Malaysia menunaikan janji 27 dalam Manifesto Buku Harapan iaitu “Menghapuskan undang-undang zalim” yang juga menyenaraikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Kanun Keseksaan 1997, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan lain-lain akta yang berbentuk mencengkam kebebasan hak sebagai seorang warganegara yang telah termaktub dalam Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Mahasiswa Keadilan Malaysia juga ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar dalam usaha kerajaan Malaysia membina sebuah Negara yang berfungsi untuk semua dibawah sistem demokrasi, janganlah mengambil mudah dan kesempatan dalam kita menzahirkan pendapat dan pandangan.

Hak yang diberikan kepada rakyat dibawah Perlembagaan hadir bersama dengan tanggungjawab dan amanah. Maka, rakyat Malaysia harus diingatkan dalam kita menyemai kembali makna sebenar demokrasi dalam Negara, jangan pula kita rosakkan kerja pemulihan ini dek kerana kita mengambil mudah hak yang telah dihadiahkan kepada kita.

Haissazc Shuqkin Hisham
Timbalan Presiden
Mahasiswa Keadilan Malaysia
13 Julai 2018.

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply