1. Selamat menempuh bulan Ramadan bagi rakan-rakan mahasiswa.

2. Ramadan bagi aku indah ketika di kampus, lebih-lebih semasa berbuka puasa. Kita dapat bertukar-tukar juadah sesama rakan.

3. Ketika harus berterima kasih untuk mereka yang selalu menjutkan – bagi yang ada rakan yang bermain Dota, merekalah yang selalu mengejutkan kita.

4. Saat-saat itu indah, anda akan merinduinya.

5. Bagi mahasiswa seperti aku – Study Week selalunya minggu yang aku benar-benar belajar (contoh yang buruk).

6. Apa-apa pun, tak ucapan pun sebenarnya yang boleh bantu kalian jawab dengan elok. Nak score? Usahalah.

7. Semoga Ramadan kali ini kita akan menjadi manusia yang lebih baik. Semoga juga akan cemerlang dalam peperiksaan.

Perut menyanyi,
Pen menari.

Rahman Imuda
Ketua Editor NadiSiswa

Leave a Reply