RAYUAN DERMA BAGI MENAMPUNG KOS PEMBEDAHAN JANTUNG SDR MOHD EZAQ TAUFEEQ BIN ABDUL RAZAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

ABIM Pulau Pinang dengan ini merayu bantuan sahabat-sahabat dan ahli keluarga WAP untuk bersama-sama menyumbangkan bantuan bagi menampung kos pembedahan jantung Sdr Mohd Ezaq Taufeeq Bin Abdul Razak (lebih mesra dengan panggilan Muallim Ezaq).

Sdr Ezaq merupakan EXCO ABIM Pulau Pinang, Penolong Setiausaha Majlis Belia Negeri (MBN) Pulau Pinang, dan aktivis Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING) yang bergerak aktif dalam program-program anjuran WAP Pulau Pinang.

Sdr Ezaq insyaAllah akan menjalani pembedahan Jantung pada masa terdekat di Hospital Besar Pulau Pinang. Sekarang sedang menunggu tarikh pembedahan daripada Hospital. Beliau dan keluarga memerlukan bantuan sebanyak RM40,000.00 bagi menampung kos pembedahan ini.

Sebagai Makluman, Sdr Ezaq mula mengalami masalah jantung pada tahun lepas. Pada masa ini, jantung beliau hanya berfungsi sebanyak 20% sahaja. Minggu Lepas beliau dimasukkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan susulan selama 4 hari.

Sumbangan boleh terus disalurkan ke dalam akaun bank berikut ;
Bank : MayBank
No Akaun : 557157312720
Pemilik akaun : WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA ( WADAH)

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada : MISNI SURIF (Bendahari WADAH PULAU PINANG) di talian : 013-480-0280.

Segala bantuan yang dihulurkan oleh sahabat-sahabat dan ahli keluarga WAP kami dahului dengan ucapan Jazakallahukhayrankathiran

Leave a Reply