Nur Wahidayah Binti Wahipin lebih selesa dipanggil Wahi ini berasal daripada daerah Ranau Sabah. Beliau merupakan mahasiswa tahun dua semester satu bagi pengajian Psikologi Kaunseling di Fakulti Psikologi dan Pendidikan.

Wahidayah merupakan seorang mahasiswa dan anak muda yang aktif bekerja di dalam organisasi dan acara intelektual seperti dialog, forum, diskusi dan sebagainya.

Di UMS Wahidayah merupakan Sekretariat Persatuan Mahasiswa Psikologi dan Pendidikan (PERMAPS) manakala di luar beliau merupakan Presiden Gabungan Pelajar Islam (GPI) Ranau Sabah.

Di usianya yang muda ini beliau nekad untuk bersama kolektif Suara Mahasiswa UMS kerana percaya bahawa ia merupakan medan utama kepada mahasiswa untuk mengangkat suara mahasiswa, idea baru dan hak-hak mahasiswa daripada terus dikaburi oleh sistem tidak telus.

Pandangan tentang politik kampus, menurutnya ia tidak sepatutnya menjadi medan yang semata-mata meraih undi untuk kepopularitian mahasiswa justeru manfaatkan dan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.

Slogan hidup Wahidayah adalah “Mentaliti biar benar!”

“Dari mahasiswa kepada mahasiswa, dari mahasiswa untuk rakyat Malaysia!”

Leave a Reply