Sampai Bila UTHM nak SOROK?

Kenyataan Front

Letih dah menunggu apa benda la kita bayar yuran pengajian ni hampir dekat seribu tapi yang keluar hanya senarai yuran pelbagai. Apa benda tu yuran pelbagai? Adakah duit nak bayar MPP pergi mobiliti? Duit nak bayar artis masa program besar?

Untuk pengetahuan semua, soalan tentang senarai yang kita bayar sudah diajukan di mesyuarat kebajikan oleh MPP sesi lepas (16/17) tapi apa tindakan seterusnya oleh pihak pengurusan? Tiada! Pelajar berpuas hati sekiranya bayaran itu setimpal apa yang kita bayar.

Dulu ada dinyatakan apa yang kita bayar dalam yuran pengajian dan tidak semua tahu tentang senarai pembayaran tersebut tetapi selepas pelajar tahu kenapa nak kena delete? Itu yang menjadi persoalan.

Saya baru UP isu tentang senarai pembayaran yuran pengajian sahaja. Belum lagi saya persoalkan kenapa yuran naik dari RM880 ke RM910. Jangan sampai saya pertikai kenapa perlu bayar RM530 untuk LM dan LI yang dilakukan pada semester lazim yang pada saya bayaran tersebut tidak masuk akal dan perlu diselaraskan semula. Harap pentadbiran tersebut peka dengan keadaan mahasiswa UTHM dan sila ambil tindakan yang seterusnya.

#sampaiwaktu
#mahasiswaperlutahu
#MPPbukanmacai
#MPPjugamahasiswa
#letihnaktolongpengurusan

Mohd Syazwan Afif bin Abd Karim
Naib Yang Dipertua 1
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2017/2018

Leave a Reply