Calon guru COS (Contract of Service) menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap ketelusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam mengeluarkan keputusan temuduga Guru Calon Contract Of Service (COS) baru-baru ini.

Menurut dari seorang calon, pengambilan kali ini telah dikurangkan kuota apabila Dr Mohd Radzi Mohd Jidin mengumumkan bahawa keputusan untuk 2400 calon jaya COS akan diumumkan sebelum 31 Mei 2022.

Sumber: JPA

 

Lebih mendukacitakan, apabila keputusan COS boleh disemak pada 28 Mei 2022, hanya sebilangan kecil sahaja COS yang lulus, dan sebilangan besar calon One-Off DTL pula telah diluluskan dan boleh disemak menggunakan pautan semakan keputusan yang sama dengan COS, yang seolah olah menggambarkan bahawa kuota COS diberi secara senyap senyap kepada mereka.

Calon pengambilan Khas One-Off yang telah gagal dijanjikan pelantikan COS?

 

 

Tidak dinafikan jika niat murni SPP dan KPM ingin mengutamakan graduan pendidikan. Namun amatlah tidak adil jika calon-calon guru COS diperlakukan sebegini, sedangkan calon Ijazah Sarjana Muda yang telah  ditemuduga hanya mengambil peratusan kecil penempatan berbanding 14 ribu calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan/Diploma Pendidikan yang telah berjaya ditempatkan.

 

CALON GURU BAHASA MELAYU & TVET SISTEM KOMPUTER 100% GAGAL?

Mengikut dari sebuah kumpulan ‘Pembela Calon Guru COS’, rata-rata hampir semua calon yang telah ditemuduga pada November 2021 telah digagalkan. Peratusan gagal ini tidak dapat dinyatakan secara nyata dan tepat kerana mereka tidak mempunyai jumlah sebenar calon COS  2021 yang telah ditemuduga dan yang lulus temuduga.

Cara pengiraan yang  digunakan untuk mengira peratus kegagalan adalah melalui “poll” yang disediakan oleh calon di ‘group’ opsyen masing-masing.

Oleh itu, data ini berkemungkinan tidak sah namun ia boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menganggarkan jumlah calon yang telah digagalkan.

Mengikut keputusan “poll” yang telah diperolehi pada aplikasi Telegram, setiap opsyen subjek yang ditawarkan untuk calon COS (Contract of Services), anggaran calon gagal adalah seperti berikut:

1) BM SK/ SMK/ SJKC 100% calon COS – Calon lebih kurang 1,745 calon.
2) Pendidikan Khas SK dan SMK – 94% calon gagal dari 1479 calon yang ditemuduga (gagal=1391 calon)
3) TVET sistem komputer dan rangkaian- 100% calon gagal dari lebih kurang 147 calon

Hasil dapatan ini jelas menunjukkan bahawa beberapa opsyen seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Khas, Pendidikan Seni Visual, TVET dan lain-lain jelas memperlihatkan peratusan gagal yang sangat tinggi.

Sehubungan dengan itu, ramai calon-calon COS berharap dan menuntut semula agar SPP dan KPM mengembalikan semula kuota asal  untuk calon Ijazah Sarjana Muda sebanyak 4266 orang yang telah dikemukakan dalam kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam.

MARI TUNJUKKAN SOLIDARITI TERHADAP CALON COS DENGAN MENGISI PETISYEN DESAKAN!

Untuk membantu calon-calon ini menuntut semula hak mereka, marilah bersama-sama tunjukkan solidariti  dengan mengisi petisyen bersama mereka. Bak kata pepatah W.S Rendra, “Kita ini dididik untuk memihak yang mana? Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini akan menjadi alat pembebasan ataukah alat penindasan?.”

Mari sama-sama kita renungkan.

Sign petition (Tuntutan Calon COS kepada SPP dan KPM)

Leave a Reply