Tahukah anda? Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan bantuan yang diberikan khusus kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan bagi melonjakkan kembali sektor ekonomi negara.



Jumlah Bantuan

Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pendapatan.

Cara Buat Permohonan




Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini kerana data penerima akan disemak silang oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan ini.

Tarikh Bantuan Diagihkan




Setakat ini tiada tarikh tertentu bilakah bantuan ini akan diterima namun begitu ia akan disalurkan pada bulan Oktober 2021.

Sama-sama kita nantikan dan kami dari Nadi Siswa akan memberi info dari semasa ke semasa.

Leave a Reply