Bajet 2022

BAJET 2022: Senarai Bantuan Untuk Pelajar & Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Bajet 2022

BAJET 2022: Senarai Bantuan Untuk Pelajar & Diskaun Bayaran Balik PTPTN ~ Bajet 2022 memberi tumpuan utama untuk terus melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat dan perniagaan, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan pasca-pandemik.

Pembentangan Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 ini telah berlangsung pada pukul 4 petan bersamaan 29 Oktober 2021 (Jumaat), dan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul. 


BAJET 2020: Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Dalam Fokus Pertama: Rakyat Sejahtera, Inisiatif 3 iaitu Pendidikan Berkualiti Untuk Semua, beberapa isu pendidikan telah diambil kira termasuklah mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN. 

Kerajaan telah mengumumkan potongan diskaun sehingga 15% kepada peminjam PTPTN mengikut syarat-syarat seperti berikut:

  • 15% : Baki huang penyelesaian penuh
  • 12% : Bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayar
  • 10% : Bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual pembayaran

BAJET 2022


Senarai Bantuan Untuk Pelajar

Selain itu, Tengku Zafrul juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM 52.6 billion untuk KPM, manakala RM14.5 billion untuk KPT bagi memastikan pendidikan di negara kita terus berkembang maju.  

Antara perkara yang turut diummkan dalam pembentangan Bajet 2022 ialah; 

  • Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap murid bagi meringankan beban keluarga pelajar untuk memulakan sesi persekolahan/
  • Dana peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat & tahfiz serta institusi pondok yang berdaftar. 
  • Menaiktaraf sekolah-sekolah daif untuk penyediaan suasana pembelajaraan sekolah yang kondusif yang meliputi projek-projek pembangunan di Sabah & Sarawak. 
  • Memperkasa agenda pendidikan di sekolah berkeperluan khas.
  • Penyediaan bekalan susu harian dibawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diterukan.
  • Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk pembelian telefon bimbit, komputer, & tablet sehingga 31 Disember 2022.
  • Memperkasa bidang TVET
  • Pmebinaan sekolah agama di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah
  • PerantiSiswa Keluarga Malaysia: Tablet Bagi Setiap Pelajar Golongan B40 : Tablet untuk setiap pelajar IPT yang berasal daripada keluarga golongan berpendapatan rendah (B40)
  • Pas MyRail5 untuk murid tahun 1 sehingga tingkatan 6 di kawasan bandar 
  • Pas perjalanan bas dan rel tanpa had My50
  • Program e-Start Belia: RM150 secara one-off melalui e-wallet/e-dompet

[DOWNLOAD TEKS PENUH BAJET 2022 : KLIK SINI]

Leave a Reply