BAJET 2022

BAJET 2022: Senarai Bantuan Yang Anda Perlu Tahu! ~ Senarai pakej-pakej bantuan adalah merupakan antara perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua rakyat dalam pembentangan Bajet 2022. Tidak dinafikan, ramai yang terkesan dengan pandemik COVID19 dan pakej-pakej rangsangan yang diberikan oleh kerajaan amat membantu untuk golongan yang terkesan meneruskan kehidupan.

Disini kami telah senaraikan pakej-pakej bantuan yang anda boleh mohon kelak (tarikh permohonan dibuka akan dikemaskini*). Sila ambil tahu ya agar anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan pakej-pakej bantuan yang diperuntukkan khas untuk rakyat Malaysia.


BAJET 2022: Senarai Bantuan Yang Anda Perlu Tahu

Berikut ialah senarai pakej-pakej bantuan yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022. Maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa berkaitan tarikh permohonan dibuka dan cara-cara untuk memohon**. Boleh join telegram untuk info terkini.


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) : Bantuan Keluarga Malaysia adalah untuk menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Isi keluarga berpendapatan kurang RM2,500 mengikut kategori berikut:

  • RM 2,000: Keluarga yang mempunyai lebih daripada 3 orang anak
  • RM 1,500: Keluarga yang mempunyai 2 atau 1 orang anak
  • RM 1,000: Keluarga yang tidak mempunyai anak

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Bantuan tambahan BKM mengikut syarat-syarat yang ditentukan seperti berikut:

  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000: Bantuan Tunai Sebanyak RM500
  • Warga emas: Bantuan Tunai Sebanyak RM300

Bantuan Awal Persekolahan: RM150 untuk setiap murid


Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar PdPR untuk para guru: RM100 (one-off)


PerantiSiswa Keluarga Malaysia: Tablet Bagi Setiap Pelajar Golongan B40


Baucer Perlindungan Tenang (Khusus bagi golongan B40): RM75


Program e-Start Belia: RM150 secara one-off melalui e-wallet/e-dompet


Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU


Bantuan mySalam diperluaskan untuk penerima BKM dan tuntutan kos dipanjangkan kepada anak tanggungan


Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding: Insentif sehingga RM2,000 untuk usahawan industri kecil dan sederhana bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital


Kit Asas Kebersihan Wanita: Percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada remaja wanita golongan B40


Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak : sehingga 50% atau RM150


Bantuan Khas Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA: Bayaran khas secara one-off sebanyak RM 500


Bantuan Musim Tengkujuh: membantu meringankan beban sara hidup bagi 320 ribu pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh dengan peruntukan 190 juta ringgit


Bayaran insentif sebanyak 200 ringgit kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14


Bonus Penjawat Dan Pesara Awam:

  • Bantuan Khas Kewangan Penjawat awam gred 56 dan kebawah: RM700
  • Bantuan Khas Kewangan Pesara awam: RM350

Leave a Reply