MARA TESP

PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI / TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME (TESP)

Mara menawarkan Program Penajaan Pengajian Tertiari iaitu program tajaan berbentuk PINJAMAN BOLEH UBAH untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi/Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.

Pelaja yang sedang mengikuti pengajian diperingkat Ijazah Pertama juga dipelawa untuk memohon. 

Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman. Oleh itu, sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan. 

Baca juga: Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI 2021), RM2000 Secara One-Off


MAKLUMAT & SYARAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: www.mara.gov.my  Anda boleh membuat permohonan bermula 21 September (Selasa) hingga 23 Oktober 2021 (Sabtu).

Baca juga: Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Kem


SYARAT UMUM

• Warganegara Malaysia.
• Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
• Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan [Klik: Garis Panduan]
• Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
• Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
• Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
• Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.


SYARAT AKADEMIK

Pelajar Baharu
• Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
• Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2021.

Pelajar Sedia Ada
• Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
• Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

Lain-Lain Syarat
• Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
• Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.


CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my 

Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu
mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Baca juga: Tawaran Biasiswa Yayasan KLK (Kuala Lumpur Kepong) 2021


PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat seperti berikut:

a) [email protected] (bagi permohonan di IPTA)
b) [email protected] (bagi permohonan di IPTS)
c) [email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
d) [email protected] (bagi permohonan di UniKL)
e) [email protected] (bagi permohonan di KUPTM/KPTM)

Atau layari, pautan ini untuk soalan-soalan lazim: FAQs atau, FB RASMI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Leave a Reply