Kader IMM Malaysia terlibat pemotongan hewan Qurban

Kuala Lumpur – Sempena peringatan Idul Adha pada  10 Dzulhijjah 1444 Hijriah  atau hari kamis (29/6/2023), pengerusi cawangan istimewa ikatan Mahasiswa Muhammadiyah atau yang di kenali PCI IMM kembali menyokong majlis penyembelihan dan agihan daging korban bersama Muhammadiyah dan Aisyiyah Malaysia bertempat di Adriana Agro Farm, Gombak, Kuala Lumpur selepas solat  hari raya antara pukul 09.00- 16.00 waktu Malaysia (MYT)

Seramai 23 ahli ikatan Mahasiswa Muhammadiyah cawangan Malaysia dibawah kepemimpinan , Aunillah Ahmad menjadi AJK untuk  penyambutan tamu, membantu penyembelihan, pemotongan, pembungkusan dan penimbangan, serta agihan daging sehingga acara yang dihadiri duta besar dan staf kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur ini pun berlangsung sukses.

Kesyukuran terpanjat dari Aunillah Ahmad ,katanya  “Alhamdulillah  acara berjalan dengan lancar. Mencontohi semangat pengorbanan Nabi Ibrahim: Taat, ikhlas, ikhlas. Semua komponen bekerjasama, gotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga hubungan silaturrahim dapat diteruskan dengan baik. pada masa hadapan”.

Keesokan harinya, PCI IMM mengadakan tasyakuran dengan menjemput seluruh mahasiswa Indonesia utamanya yang sedang belajar di sekitar Lembah Klang, di rumah dakwah, Gombak, Selangor.  acara yang hanya berupa silahturahmi dan makan- makan itu pun berjaya.

Menurut Octavia Nuha, salah seorang pengerusi IMM Malaysia, mengatakan “,Kami sebagai kader amat bersyukur dengan perkembangan pesat perniagaan PCIM dalam penganjuran penyembelihan haiwan korban yang semakin meningkat setiap tahun, alhamdulillah pada tahun ini mencecah 12 ekor lembu dan 20 ekor kambing, dari proses penyembelihan kami para kader berusaha sedaya upaya dalam proses penyembelihan.

acara tasyakuran di rumah dakwah, gombak

Ia juga  melanjutkan “, kami juga mengucapkan terima kasih dari banyaknya hewan qurban yang disembelih dapat mengadakan kesyukuran dan mengundang sahabat Indonesia bukan saja dari IMM tetapi juga dari sahabat KMNU, HMI, FOTAR dan PPIM agar dapat menikmati dan mencicipi qurban. daging dengan pelbagai olahan di luar negara, ini adalah antara yang syar’i juga mengeratkan silaturahim kami, acara dimulakan dengan perasmian pengerusi IMM dan disambut mesra oleh tetamu”.

Leave a Reply