Institut Pengajian Tinggi: Cara Memohon Bantuan Kewangan Pelajar OKU

Institut Pengajian Tinggi: Cara Memohon Bantuan Kewangan Pelajar OKU ~ Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

Sila baca syarat kelayakan dan info-info penting yang berkaitan dengan teliti.


Syarat Kelayakan

Syarat Umum :

i. Pelajar warganegara Malaysia;
ii. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
iii. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
iv. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
v. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;
vi. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini


Kategori Yuran Yang Layak Dituntut

a. Yuran Pendaftaran Pengajian
b. Kad Kampus / Kad Matrik
c. Yuran Perpustakaan
d. Yuran Peperiksaan
e. Yuran Perkhidmatan
f. Yuran Ko-Kurikulum / Sukan
g. Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)
h. Yuran Pemeriksaan / Yuran Tesis
i. Yuran Komputer
j. Yuran Peralatan / Bahan Makmal

Nota : Bagi tuntutan lain yang tidak tersenarai dalam senarai yuran yang LAYAK seperti di atas adalah tidak layak dituntut.


Cara Permohonan :

Sekiranya anda menepati syarat-syarat yang dinyatakan diatas, anda boleh membuat permohonan melalui pautan berikut : https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/login.php


Pastikan anda telah menyediakan dokumen selengkapnya dan mengisi semua borang yang diperlukan dengan lengkap untuk mengelakkan permohonan anda di tolak.

Gunakan email yang formal dan aktif untuk sebarang permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi BKOKU

Leave a Reply