BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) | PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA (2022)

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) | PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA (2022)


BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG | PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA BAGI TAHUN 2022

Permohonan :
19 Januari 2022 – 22 Februari 2022
———
▪️Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D).

▪️Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

▪️Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 19 Januari 2022 (Rabu).

▪️Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 22 Februari 2022 (Selasa) sama ada secara serahan tangan atau pos.

▪️Maklumat lanjut :

🔴layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau
🔴hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571 (pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) atau
🔴e-mel kepada [email protected]

#berkhidmatuntuknegara
#keluargaperkhidmatanawam

 

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG

Leave a Reply