Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM)~ Sejak tahun 2006, YBM telah memberikan biasiswa penuh kepada pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus sarjana di tujuh universiti awam tempatan. Sekiranya anda merupakan pelajar yang berkelayakan serta menepati syarat-syarat yang ditentukan, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) ini. 

Sila baca syarat kelayakan dan info-info penting yang berkaitan dengan teliti.


Syarat Kelayakan

Syarat Umum :

  • Individu di bawah 22 tahun
  • Pendapatan isi rumah keluarga kurang dari RM5,000
  • Telah berjaya mendapat kursus ijazah sarjana muda sepenuh masa di universiti tempatan terpilih

Syarat Akademik :

  • STPM : Minima 2A dan 2B
  • A-Level : Minima 2A dan 2B
  • Matrikulasi/Asasi : CGPA 3.5 dan keatas
  • MUET : Band 4
  • SPM : Minima 2A dan 2B

Syarat Tambahan:

  • Keutamaan diberikan kepada jurusan Undang-undang, Kewangan, Perakaunan dan Ekonomi
  • Aktif dalm penglibatan Kokurikulum terutama dalam bidang kepimpinan
  • Mempunyai personaliti kepimpinan yang tinggi

Cara Permohonan :

Sekiranya anda menepati syarat-syarat yang dinyatakan diatas, anda boleh membuat permohonan melalui;

Email: [email protected]; atau

Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :
Bursa Malaysia Berhad, Yayasan Bursa Malaysia, Tingkat 11, Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200, Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Permohonan : 11.59 malam 30 September 2021


Pastikan anda telah menyediakan dokumen selengkapnya dan mengisi semua borang yang diperlukan dengan lengkap untuk mengelakkan permohonan anda di tolak.

Gunakan email yang formal dan aktif untuk sebarang permohonan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yayasan Bursa Malaysia


Baca juga: 

Leave a Reply