ALBUKHARI UNIVERSITI

Biasiswa: Tajaan Kemasukan ke Universiti Antarabangsa AlBukhari ~ Kepada semua warganegara Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian, anda dipelawa untuk memohon. Sila baca dengan teliti cara melakukan permohonan dan syarat-syarat yang ditetapkan agar permohonan anda tidak ditolak. 


Maklumat Utama

Tawaran dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian ke Universiti Antarabangsa AlBukhari dalam bidang yang ditawarkan seperti dibawah:

Program sesi akademik: Oktober 2021 

Tempoh pengajian: 3 tahun 

🎓 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
🎓 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
🎓 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)
🎓 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
🎓 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
🎓 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
🎓 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah
🎓 Ijazah Sarjana Muda Media dan Komunikasi
🎓 Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sosial


Kelebihan Program:

Apa kelebihan yang anda perolehi sekiranya memohon ke Universiti Antarabangsa AlBukhari?

✅ Yuran Pengajian PERCUMA 100%
✅ Penginapan PERCUMA sepanjang pengajian
✅ Elaun RM450 setiap bulan sepanjang pengajian
✅ Tiada Pinjaman PTPTN, Tiada sebarang bayaran balik selepas tamat pengajian. TIADA HUTANG
✅ Lepasan IPTA/IPTS yang menganggur boleh memohon
✅ Program diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
✅Program diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA)
✅Aktiviti pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
✅Penerapan nilai-nilai kemahiran insaniah di dalam semua aktiviti pembelajaran
✅Kebolehpasaran graduan
✅Persekitaran pembelajaran yang kondusif
✅Menerapkan teras 5A( Aqidah,Amalan, Adab Akhlak, Amalan)


Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia belum berkahwin
  • Umur diantara 18-22 tahun pada tahun 2021
  • Jumlah pendapatan keluarga di bawah:
    • RM2,400(Sabah dan Sarawak),
    • RM2,900(Perlis,Kedah,Pulau Pinang, Perak,Kelantan,Terengganu,Melaka,Pahang,Johor,Negeri Sembilan)
    • RM5,300 (Selangor, WP Putrajaya, WP Labuan)
  • Lepasan STPM, STAM, Diploma, Asasi, Matrikulasi, A Level atau setara.
  • Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya MUET Band 2 dan keatas.

Cara Memohon Universiti Antarabangsa AlBukhari

Anda boleh membuat permohonan dengan melayari pautan ini : www.aiu.edu.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian: 047747392 atau, emelkan pertanyaan anda ke: [email protected]
atau, Cik Maizatul ([email protected])

Semoga berjaya!


Baca juga: 


 

Leave a Reply