Tips Hasilkan Resume ATS-Friendly Untuk Dapatkan Tawaran Kerja Segera! ~ Tahukah anda, kebanyakkan syarikat besar atau job portal seperti Job Street, Indeed, Mau Kerja, dan lain-lain menggunakan satu sistem untuk ‘menapis’ resume anda?

Resume anda akan di tapis melalui sistem ATS (Applicant Tracking Software). Ini untuk memudahkan para majikan mencari calon yang benar-benar menepati kriteria yang ditetapkan daripada ribuan calon yang memohon.

Penyingkiran ini biasanya dilakukan diperingkat awal sebelum calon di panggil untuk temuduga. Jadi jangan hairanlah walaupun beratus-ratus permohonan kerja anda hantar tetapi satu pun tak dapat!


Apakah itu Applicant Tracking System (ATS)?

ATS adalah perisian yang diguna pakai oleh majikan atau agensi bagi memudahkan proses pengambilan pekerja. ATS digunakan untuk mengumpul, mengimbas, dan menyusun pemohon mengikut turutan kelayakan.

Bagaimanakah ATS berfungsi?

ATS akan mengimbas kata kunci (keyword) dalam resume pemohon dan akan memadankan dengan kata kunci yang telah diprogramkan untuk menentukan kelayakan pemohon. 

Contoh; Majikan menetapkan kata kunci Bachelor Of Science (Biotechnology). Resume/ Cv yang tidak mengandungi perkataan Bachelor Of Science (Biotechnology) akan disingkirkan secara automatik. 

ATS akan menyingkir pemohon yang kurang atau tidak layak bagi membantu majikan atau agensi memberikan tumpuan yang lebih kepada pemohon yang benar-benar layak dengan jawatan yang ditawarkan serta menjimatkan masa dalam proses pengambilan pekerja.

Majikan juga tidak akan menanggung sebarang risiko kebocoran maklumat pemohon kerana maklumat pemohon dilindungi oleh ATS.


Sebab Resume Anda Disingkirkan (reject)

Apa yang menyedihkan, sekiranya anda sebenarnya layak untuk mendapat jawatan tersbut tetapi resume anda yang tidak mematuhi format ATS, permohonan anda tidak akan sampai kepada majikan atau agensi kerana telah disingkirkan terlebih dahulu oleh ATS.

Antara sebab utama resume anda disingkirkan:

  1. Menggunakan templat resume yang tidak sesuai seperti terlalu banyak imej, ikon, carta, dan grafik.
  2. Maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon diletakkan pada header atau footer dalam dokumen MS Word.
  3. Tiada kata kunci yang spesifik seperti yang diprogramkan oleh majikan.
  4. Menggunakan singkatan seperti BSc. Hons bagi Bachelor of Science Honours.
  5. Menggunakan format fail yang tidak bersesuaian dengan ATS seperti PDF.

Nak check samada resume korang ATS friendly atau tak boleh try upload resume kat website ni;

Baca Juga: Ini Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Diberhentikan Kerja!


Tips Hasilkan Resume ATS-Friendly

1. BUAT RESUME GUNA WORD, UPLOAD DALAM WORD FORMAT (.docx) BUKAN PDF ~ (melainkan ada pilihan PDF disediakan)

  • Resume bagi fresh grad terbaik adalah 2 muka surat.
  • Kenapa docx? Kenapa guna word? Saya boleh buat resume cantik2 guna online tools kot? Jawapan: ATS hanya baca resume dalam Plain Text.txt format & hanya word docx yang boleh convert jadi .txt format.
  • Resume yang fancy & urban tak akan bawa anda ke mana-mana, melainkan anda graduan Pereka Grafik (graphic designer)

2. FONT TYPE, SIZE & SPACING

  • Pastikan size font 11. Spacing 1.0.
  • Gunakan SATU jenis font sahaja sama ada; Calibri atau Arial atau Times New Roman.

3. NEXT PAGE & SPACE BESAR

  • Guna CTRL+Enter untuk next page, Tab untuk tambah horizontal space yang besar & kemas. Bukannya spam spacebar & Enter.

4. HANYA CONTENT YANG PENTING SAHAJA

i. Personal Information

  • Full name
  • Job title yang nak apply pastikan title penuh & complete
  • Email address yang professional. Bukan ahmad_barneynfriends@gmail.com yeeeee
  • Phone number and country code
  • LinkedIn URL yang diringkaskan

ii. Professional Summary.

  • First line of defence resume anda. Gagal yang ni, section lain semua gagal juga.
  • Professional Summary adalah “Abstract” atau ringkasan executive resume anda. Sini lah anda tonjolkan experience, interpersonal, technical & software skills yang dapat MEMBANTU ORGANISASI MAJIKAN BARU anda.
  • Professional Summary bukanlah About Me atau Objective. Elakkan tulis About Me or Objective. Nampak sangat tak professional & tak penting.

iii. Core Competencies

  • Seksyen ini paling penting dalam tailoring keyword dalam sistem ATS.
    • Contohnya, seorang chemical engineer job seeker yang memohon jawatan Project Engineer dalam bidang engineering design pipeline. Maka competencies yang perlu ada adalah;
      Microsoft Office (Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint), AutoCAD 2019, Aspen HYSYS, Fluent in Bahasa Malaysia and English (verbal and written), Time management skills, Project management, Creative and critical in problem-solving. 
  • Dengan menggunakan keyword specific pada job yang anda ingin mohon, maka job Match % akan mudah saja bertambah sebab keyword match pun bertambah!

iv. Work Experience.

  • Nama syarikat majikan lama anda & negeri tempat kerja
  • Tempoh kerja. Format (bulan tahun – bulan tahun)
  • Jawatan anda. Kalau intern sebagai Operator, tulis situ “Operator Intern” tanpa bracket atau simbol.
  • Kronologi penulisan job exp; mulakan dengan job exp terbaru, diakhiri dengan kerja terawal

v. Education.

  • Tempat pengajian & negeri
  • Tempoh (bulan tahun – bulan tahun)
  • Nama penuh course
  • Letak CGPA kalau atas 3.00
  • Kronologi; mulakan dengan job exp terbaru, diakhiri dengan kerja terawal

vi. Additional Information

  • Sini letak achievements yang hebat2 sahaja. Kalau masuk pertandingan, letak yang menang GOLD atau SILVER sahaja
    Utamakan achievements yang menjadikan anda seorang “leader” atau “committee member” dalam organisasi. Boleh juga nak letak achievements yang buat anda nampak seperti seorang rakyat yang patriotik, berhemah, peka & prihatin terhadap masyarakat & negara.

5. RAJIN TULIS WORK EXPERIENCE

  • Rangka penulisan work experience terbaik;
    Aktiviti + Supportive statement (Siapa terlibat, di mana, berapa lama, & lain2) + Benefits dari hasil aktiviti kepada organisasi.
    Majikan nak tahu, Apakah sumbangan anda mampu beri??? Apakah berbaloi mengambil anda bekerja dengan kami???

7. ELAKKAN PENGGUNAAN TEXT BOX, SHAPES & TABLE

  • ATS software hanya akan scan keywords yang berada dalam lines sahaja. Mana2 key yang dalam table, shapes atau text box tak akan dikira oleh ATS.

8. ELAKKAN MENULIS BUTIRAN PERIBADI (Personal Information) DALAM HEADER / FOOTER

  • Apa-apa text yang berada dalam footer/header tidak akan dikira oleh sistem ATS. ATS akan ignore dan akhir sekali, resume anda seolah olah bersih kosong!

9. PASTIKAN AUTHOR DOKUMEN ADALAH ANDA

  • Sesetengah ATS software mempunyai kesukaran dalam scan Full Name pemohon TANPA PENGETAHUAN ANDA.
    Untuk elakkan situasi berikut memusnahkan peluang pekerjaan anda, ada beberapa langkah yang boleh diambil.

    • Right-Click pada file resume
    • Click “Properties”
    • Click “Details”
    • Lihat pada “Authors”, click pada kotak di sebelahnya dan isikan nama penuh anda
    • Click “Apply” dan “OK”

10. GUNAKAN “BULLET POINTS” ATAU “NUMBERING”

  • Sangat penting dan menarik apabila nak terangkan tentang sesuatu kepada maklumat senarai. Hal ini akan membuatkan content anda menjadi cascade, kemas, mudah dibaca dan professional.

Akhir kata, semoga berjaya!

Sumber: LinkedIn

Baca Juga: Jawatan Kosong Terkini Hicom Yamaha Manufacturing Malaysia Sdn Bhd

Leave a Reply