Kenyataan Front Media

Syamil Luthfi – Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Tidak Kompeten

MENTERI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI TIDAK KOMPETEN

1. Kerajaan hari ini tidak menghiraukan kegusaran mahasiswa di seluruh negara. Melihatkan kepada keputusan yang di ambil oleh kerajaan persekutuan sejak dari 16 Mac 2020 (Isnin) sehingga hari ini, kerajaan Perikatan Nasional gagal dalam memberi arahan atau keputusan yang konsisten dan praktikal.

2. Disebabkan ini, ramai mahasiswa yang mengalami panik telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung secara tergesa-gesa sejurus dikerah keluar oleh pihak kolej pusat pengajian masing-masing. Justeru itu, ada sesetengah daripada mereka terpaksa bermalam di stesen pengangkutan awam seperti di Terminal Bersatu Selatan (TBS) dan KLIA.

3. Usaha kerajaan untuk mengenegahkan langkah Perintah Pengawalan Pergerakan serta “social distancing” dilihat gagal sepenuhnya setelah berlaku konflik arahan (conflict of instruction) di antara pihak pentadbiran Institut Pengajian Tinggi(IPT) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN). Demikian itu, para pelajar telah berpusu-pusu bergerak ke stesen-stesen pengangkutan awam dan balai polis untuk mendapatkan borang keluar daerah (namun arahan ini ditarik balik)

MEMANDANGKAN MENTERI SUKA BERI KENYATAAN PADA LEWAT MALAM JADI KAMI DI MKM PUN SUKACITA MEMBERI KENYATAAN DI LEWAT MALAM. MUNGKIN LEBIH NYAMAN UDARANYA?

Yang benar,
Syamil Luthfi
Naib Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia
Pengerusi Mahasiswa Keadilan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Kedah

LEAVE A RESPONSE