Wacana Falsafah Pandang Ke Borneo

 

Wacana Falsafah Pandang Ke Borneo (Wacana santai)
Pembentang: Dr. Shaffarullah Abdul Rahman
Tempat: Rumah Borneo Komrad, Alamesra
Tarikh: 10 Februari 2018 (Sabtu)
Masa: 8:00 Malam
Hubungi: 0148583380 (Mukmin Nantang)

Kertas kerja ini merupakan suatu penerokaan awal tentang persoalan ini: Adakah transformasi mistik yang dicapai oleh Siddartha Gotama Buddha (563 SM – 483 SM) dan Muhyiddin Ibn ‘Arabi (1165-1240) sama atau sebaliknya? Saya meneliti dua tesis yang cuba merungkaikan persoalan ini. Secara ringkasnya, Tesis Penemuan mendakwa bahawa walaupun isi kandungan transformasi mistik Buddha dan Ibn Arabi nampaknya berbeza antara satu sama lain dari banyak segi, tetapi pencapaian mereka adalah hakikatnya sama, manakala Tesis Persimpangan menafikan persamaan antara transformasi yang dicapai atau dialami oleh Buddha dan Ibn ‘Arabi. Saya mendekati persoalan ini dengan menerokai alasan-alasan untuk berskeptikal dengan Tesis Penemuan mahupun Tesis Persimpangan.

#WacanaFalsafahSabah
#PandangKeBorneo
#BorneoKomrad

Leave a Reply