Posted on

Mahasiswa Pun Ada Terlibat RASUAH

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan gejala rasuah dalam kalangan mahasiswa di negara ini di tahap membimbangkan susulan kajian yang dilakukan entiti itu pada tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 1,000 penuntut universiti pada tahun lalu, pihaknya merekodkan 16 peratus dalam kalangan mereka sanggup menerima rasuah manakala 18.5 peratus pula sanggup memberi rasuah.

Sehubungan itu, pihaknya sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menyekat gejala rasuah daripada terus menular di peringkat akar umbi termasuk mahasiswa menerusi beberapa program dan kempen yang dijalankan di insititut pengajian tinggi (IPT) di negara ini. Continue reading Mahasiswa Pun Ada Terlibat RASUAH

Posted on

Siswa Tahun Akhir USIM ke Peringkat Dunia

SISWA tahun akhir Program Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila menerima Anugerah Utama International Innovation of The Year (Diamond) bagi kategori industri di British Invention Show (BIS) 2017.

Berita – http://www.sinarharian.com.my/kampus/usim-ke-peringkat-dunia-1.754825 Continue reading Siswa Tahun Akhir USIM ke Peringkat Dunia

Posted on

Demokrat UM Anjur Progam Safe Space

“Safe Space: Ruang Suara Semua” ialah satu inisiatif yang dimulakan oleh Demokrat UM yang bertujuan untuk memperkenalkan idea “Safe Space” kepada para mahasiswa di kampus UM.

Berpaksikan konsep penglibatan warga kampus, inisiatif ini akan dijalankan dalam bentuk “indiskusi”. Pendapat semua akan diraikan semasa sesi diskusi tersebut.

Semua dijemput hadir. Suara kampus adalah suara kita!

Posted on

Pemuda PSM Bantu Mahasiswa Sambung Pengajian

Tineskumar, mahasiswa City University telah mengalami kemalangan pada Feb 2016 dan memaklumkan kepada pihak City Universiti untuk menunda pendidikannya. Pegawai City Uni tidak melakukan penangguhan pendidikan dan menyebabkan dia diberikan status “Gagal” menyebabkan PTPTN dia digantung. City Uni telah mengenakan bayaran kepada PTPTN atas nama Tinesh untuk semester yang dia tidak hadir. Tinesh dan ibu bapanya telah cuba berurusan dengan pihak City Uni atas ralat City Uni namun tidak memberi layanan yang baik.

Tinesh tidak mampu menyambung pendidikan tanpa PTPTN. Pemuda PSM (diwakili oleh Sharan Raj & Gandipan Nantha Gopalan) serta wakil PSM Semenyih (Shan) telah mewakili saudara Tinesh untuk berurusan dengan City Uni. City Uni telah memohon maaf atas kesilapan yang berlaku serta telah bersetuju dengan tuntutan kita untuk membenarkan Tinesh menyambung pendidikan mulai Januari 2017 serta mengembalikan bayaran PTPTN untuk semester yang dia tidak hadir. Pihak City Uni setuju untuk medapatkan pampasan insurans kesihatan untuk kemalangan Tinesh.

Sharan Raj
Naib Pengerusi
Pemuda PSM

Posted on

Demokrat UKM Jalankan Misi Kemanusiaan ke Pulau Pinang

Demokrat UKM akan menghantar pasukan sukarelawan pada 10 dan 11 November ini ke Pulau Pinang yang dilanda banjir teruk baru baru ini. Antara lokasi yang dikenal pasti yang memerlukan bantuan adalah di Kampung Din Bamboo Batu Ferenghi dimana sebanyak 30 buah keluarga terjejas. Terdapat beberapa lokasi lain yang turut dikenal pasti di kawasan pulau dimana mereka memerlukan bantuan, terutamanya tenaga sukarelawan untuk kerja kerja pembersihan.

Justeru itu kami akan lancarkan misi ini dan untuk mahasiswa yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan dalam misi ini, mohon hubungi nombor yang tertera di bawah.

Kami juga amat mengalu-alukan bantuan kewangan supaya kami dapat membeli bekalan keperluan harian buat keluarga yang terjejas.

Sama sama kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan.

TERIMA KASIH
DEMOKRAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA