pengerusi pdip perjuangan cawangan Malaysia dengan Ahmad Basarah ( tengah), turut hadir pula ketua PDIP Malaysia, Asfar Misbah (berbaju putih/kanan) di restoran Hadramaut, Kuala Lumpur (03/10).

 

Kuala Lumpur- Seperti kita sedia maklum, Indonesia sudah memasuki masa-masa persiapan pilihan raya umum (PRU) atau dikenali pemilu serentak yang diadakan setiap lima tahun sekali itu.  Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu) telahpun menetapkan jadual untuk masa pendaftaran calon, masa berkempen, masa bertenang, masa pengundian serentak pada pertengahan bulan februari 2024, dan tempoh untuk kempen pada pusingan kedua, khas untuk calon presiden dan wakil presiden yang lolos pada pusingan pertama kerana dijangka akan ada 3 kandidat calon.

Suara warga Indonesia di luar negara  amat penting untuk menenangkan calon presiden-wakil presiden serta calon wakil rakyat yang bertanding di kawasan luar negara yang dikenali sebagai daerah pilihan luar negara 2 yang melingkupi juga wilayah Jakarta.

Malaysia dengan populasi warga Indonesia yang cukup banyak tentu menjadi tujuan pemenangan semua parti politik yang bertanding pada PRU 2024.  salah satunya Parti demokrasi Indonesia-Perjuangan atau dikenali PDIP yang sebelum ini memenangi pilihan raya umum 2014 dan 2019.  menarget semula  kemenangan pada PRU 2024 dengan mencalonkan Ganjar Pranowo sebagai calon presiden dan menaruh beberapa calon dewan rakyatnya yang bertanding di kawasan luar negara termasuklah Malaysia.

Pada hari selasa (03/2023) bertempat di restoran arab Hadramaut yang berdekatan dengan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur,  Timbalan ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia,Dr. Ahmad Basarah yang juga menjabat sebagai  pengerusi pusat PDI-Perjuangan bidang antarabangsa  mengadakan pertemuan dengan perwakilan luar negara PDIP Malaysia.

Kedatangan beliau juga sebenarnya satu rombongan dengan Ibu Megawati sebagai Ketua Parti Demokrasi Indonesia perjuangan dan Puan Maharani yang juga pengerusi pusat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan merangkap ketua parlimen Indonesia dalam rangka menghadiri pemberian ijazah doktor kehormat dalam bidang sains sosial dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kepada Ibu Megawati pada isnin (02/2023).

Pertemuan yang berlangsung pada sore hingga malam hari itu, dihadiri pula oleh 9 pengerusi PDIP di Malaysia termasuk ketuanya Bapak Asfar Misbah yang dikenali dengan sapaan Pak Ucok.  selain membahas strategi kemenangan ganjar pranowo dan PDIP di Malaysia juga mendengar aspirasi dari pengerusi parti demokrasi indonesia perjuangan di Malaysia dari mulai pasal pendidikan politik, keadaan warga Indonesia di Malaysia, dan persiapan pilihan raya umum 2024 di Malaysia.

Kejutan pula terjadi saat Bapak Ahmad Basarah menghubungi Ganjar Pranowo, calon presiden dari pakatan politik yang dibentuk PDIP bersama Perindo, Hanura, dan PPP untuk menyampaikan pesan kepada semua pengerusi yang hadir. Bapak Ahmad Basarah juga berpesan agar kempen yang dilakukan oleh jentera PDIP di Malaysia tidak menyentuh isu perkauman namun menampilkan etika dan gagasan, selain itu dipesankan pula agar tetap komited dan kreatif untuk menenangkan Ganjar Pranowo dan wakilnya serta calon wakil rakyat yang ditempatkan PDIP untuk bertanding di kawasan luar negara.

 

 

 

 

By Mansurni Abadi

Knowledge seeker and activist that help Indonesia moving library network in Sumatra island, graduate from American English Skills Development Center Manila, Philippines ( Diploma in English), IIB dharmakaya Lampung ( BA in Hr management ), and Muhammadiyah Lampung univ ( BA in psychology ) than ever work and study English and NLP in Australia ( Perth and Sydney ) and exchange to Laos, Cambodia, Myanmar, and Thailand. Currently, doing master degree research program in ethnic studies, National University of Malaysia, and active in a few local and international youth organization. I define my self as an activist who likes it with travel because when we explore the depth of our curiosity about the world, we are often called to challenge and question the way things are and why

Leave a Reply