Tahukan anda? Program Perumahan Rakyat (PPR) boleh dimiliki bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya.  Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

NILAI PPR UNTUK DIMILIKI

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga :-

  • RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia
  • RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak

CIRI-CIRI PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas:-

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

CARA MEMOHON

Untuk memohon Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui talian online sahaja. Permohonan manual adalah tidak diterima buat masa sekarang.

Berikut merupakan cara-cara memohon PPR di :-

  • Layari laman Web SPRN
  • Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda.
  • Selepas memasukkan maklumat, anda perlu log in ke di portal SPRN tersebut.
  • Pilih Skim mengikut kelayakan anda.
  • Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih.
  • Pilih Projek (PPR)
  • Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan anda.
  • Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal SPKPM

Semoga berjaya!

MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai program Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah:-

Pertanyaan Program :
Skim Rumah Transit :
03-88914290 / 4083 / 3977
Skim PPR :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

Bahagian Pemantauan Swasta :
Tel : 03-8891 4200

Teknikal / Masalah Sistem :
Tel : 03-8891 4475
Emel : teduh@kpkt.gov.my

Meja Bantuan :
https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian anda untuk memiliki rumah yang lebih selesa.  Terus berusaha dan maju jaya!

Leave a Reply