Semenjak tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyediakan inisiatif untuk membantu golongan B40 iaitu golongan isi rumah yang mempunyai kadar gaji RM3000 ke bawah untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan. Bukan itu sahaja, Bantuan Awal Persekolahan ini juga tertakluk untuk anak-anak yang berada di tingkatan 1 hingga 5.

Kini, pada tahun 2022, Kementerian Pendidikan Malaysia masih meluluskan bajet sebanyak RM450 juta bagi membantu mereka yang memerlukan.

Oleh itu, kepada ibubapa yang berminat untuk mendapatkan bantuan awal persekolahan ini, marilah teliti syarat-syarat serta cara permohonan di bawah:-

MAKLUMAT BANTUAN

Bantuan Awal Persekolahan

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan adalah sebanyak RM150 sekaligus secara one-off

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

    • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
    • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
    • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

CARA MEMOHON

Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

  • Bank Akaun Murid
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ini anda bolehlah melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia ataupun terus menghubungi sekolah-sekolah masing-masing.

Semoga maju jaya!

Leave a Reply