Tahukah anda? Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan satu bantuan khas untuk kelompok bersasar. Bantuan ini diberi nama sebagai Bantuan Keluarga Malaysia. Bantuan ini akan memfokuskan pemberian bantuan wang tunai kepada golongan B40 dalam kategori pendapatan isi rumah, warga emas, tiada pasangan serta bujang.

Oleh itu, kepada golongan yang layak dan terpilih untuk memohon bantuan ini, marilah lihat syarat-syarat serta tatacara permohonan di bawah:-

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 

  • Pemberian bantuan langsung kepada golongan bersasar
  • Bantuan diberikan kepada golongan isi rumah, warga emas, tiada pasangan serta bujang (mengikut syarat)

NILAI BANTUAN MENGIKUT GOLONGAN BERSASAR

Berikut merupakan nilain bantuan yang akan diberikan mengikut golongan bersasar:-

Via BKM

KADAR TAMBAHAN HANYA UNTUK GOLONGAN YANG TERTENTU SAHAJA

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

    1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
    2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Berikut merupakan kadar tambahan yang akan diberikan:-

Via BKM

CARA PERMOHONAN BKM



Untuk memohon Bantuan Keluarga Malaysia, mari patuhi langkah-langkah serta syarat-syarat yang berikut:-

  • Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
  • Jika anda merupakan penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:
    1. Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
    2. Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
    3. Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
  • Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
    1. Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
    2. Hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM

KAEDAH PEMBAYARAN BKM

Berikut merupakan kaedah pembayaran bagi bantuan ini:-

Via BKM

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian anda dan dapat meringankan beban anda. Terus berusaha dan maju jaya!

Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/nadimahasiswa



Leave a Reply