Siapa tidak kenal dengan Universiti Malaya, bila disebut sahaja tentang nama universiti ini, pasti ramai orang akan terpukau. Untuk kali ini, mari kita mengimbau kembali sejarah berkenaan universiti yang tertua di Malaysia ini.

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1905 bertarikh 28 September. Dalam beberapa hari lagi, universiti ini bakal menyambut ulang tahun yang ke-116!

Sejarah Universiti Malaya

Cerita penubuhannya bermula pada tahun 1938. Ketika zaman kolonial British, Kerajaan British di Tanah Melayu telah menubuhkan satu lembaga khas. Lembaga Khas ini dipengerusikan oleh Sir William H. McLean.

Lembaga ini diwujudkan untuk mengkaji dan meneliti keupayaan untuk mewujudkan pendidikan tinggi di Tanah Melayu ketika itu. Namun, malangnya, hasil dari keputusan kajian yang dilakukan, Tanah Melayu ketika itu, masih tidak bersedia untuk menerima kewujudan sebuah institusi pengajian tinggi tetapi berpotensi untuk pembangunan kolej universiti.

Pada tahun 1947, Setiausaha Negeri untuk Kolonial British telah melantik Sir Alexander Carr-Saunders mempengerusikan sebuah Lembaga untuk mengkaji penubuhan pusat pendidikan tertiari di Tanah Melayu.

Pada awalnya, keputusan Komisi Carr-Saunders juga sama seperti keputusan komisi-komisi terdahulu. Namun begitu, selepas laporan siap (tapi sebelum dihantar ke Setiausaha Negeri), Carr-Saunders telah mendapatkan pandangan dari Persatuan Alumni Kolej Perubatan King Edward VII dan juga Kesatuan Penuntut Kolej Perubatan terlebih dahulu akan hal ini. Beliau cukup terpegun dengan idea Presiden Kesatuan Penuntut Kolej Perubatan Dr K. Shamugaratnam. I

Pada tahun 1948, Komisi Carr-Saunders telah bersetuju menyokong penuh penubuhan universiti pertama untuk Tanah Melayu. Tahun 1949, menyaksikan penubuhan universiti pertama Tanah Melayu yang dikenali sebagai Universiti Malaya yang diilhamkan dibawah Komisi Carr-Saunders.

Tarikh 8 Oktober 1949, ialah titik tolak dimana Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929), bergabung menjadi Universiti Malaya.

Menurut Laporan Komisi Carr-Saunders Commission tahun 1949, ia menyatakan “universiti mesti berperanan menjadi medium penyatu untuk memperkasakan pemahaman pelbagai etnik, kaum dan agama yang berlaku sebelumnya di Tanah Melayu. Universiti juga harus menjadi model dengan melihat (pembangunan) pendidikan tinggi di United Kingdom dari segi sistem akademik dan struktur pentadbiran”.

Setelah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, dan pengisytiharaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, bermula pembangunan pesat Universiti Malaya pada tahun 1959. Universiti telah dibahagikan kepada dua kampus berotonomi, satu terletak di Kuala Lumpur, manakala yang lagi satu terletak di Singapura.

Pada tahun 1961, Kerajaan Persektuan Tanah Melayu dan otonomi Singapura telah meluluskan suatu undang-undang untuk menjadi Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan.

Pada tanggal 1 Januari 1962, Universiti Malaya kampus Kuala Lumpur telah mendapat hak kekal untuk mendiami tanah berkeluasan 309 hektar di Kuala Lumpur dan nama Universiti Malaya pula adalah kekal. Bagaimanapun, kampus otonomi Universiti Malaya di Singapura telah bertukar nama menjadi Universiti Kebangsaan Singapura.

Demikianlah sedikit coretan sejarah berkenaan universiti tertua di Malaysia.

Leave a Reply