diberhentikan kerja

Ini Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Diberhentikan Kerja! ~ Pandemik COVID19 telah memberi kesan kepada banyak sektor ekonomi di negara ini. Tidak dinafikan kegawatan ekonomi yang dialami oleh majikan menyebabkan majikan terpaksa memberhentikan sebilangan pekerja mereka. Sedihnya, ramai yang tidak tahu apa yang boleh mereka lakukan.

Tahukah anda, terdapat banyak faedah yang disediakan oleh kerajaan untuk anda mohon sekiranya diberhentikan kerja (retrenched)? 

Teruskan membaca.

Baca juga: Jawatan Kosong National Institute of Health (MySTEP)


Apa yang perlu anda dilakukan?

  1. Ketahui hak-hak anda sebagai pekerja yang diberhentikan. 
  2. Semak notis berhenti kerja dan kontrak yang anda tandatangan semasa mula-mula kerja dulu.
  3. Kemaskini resume/cv anda dengan segera.
  4. Cari peluang pekerjaan yang lain secara proaktif atau mula pasarkan diri anda dengan kemahiran dan pengalaman yang anda perolehi semasa bekerja (self-employed).
  5. Mohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan. 

Diberhentikan Kerja? ~ Ini yang anda boleh mohon!

Berikut ialah antara faedah yang disediakan oleh kerajaan untuk anda mohon: 

1. Elaun Pencarian Pekerjaan (boleh menyara diri, semasa perjalanan mencari kerja).

2. Latihan kemahiran percuma seperti Autocad, Excel, Project Management, Digital Marketing, IT, IT Security, PMP, Artificial Intelligence, Devops, Scrum, Big Data, HR, Payroll, Industrial Relations, Sales dan Leadership, dan banyak lagi.

3. Bengkel dan latihan percuma untuk meningkatkan nilai pasaran diri anda.

4. Program-program pencarian kerja dibawah PenjanaKerjaya dan lain-lain.

Baca juga: Jawatan Kosong Terkini Hicom Yamaha Manufacturing Malaysia Sdn Bhd


Sekiranya ada diberhentikan kerja,  anda boleh cuba isikan borang di bawah untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai faedah-faedah yang ditawarkan oleh kerajaan. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutamanya bagi sesiapa yang telah diberhentikan kerja. 

Klik: https://www.jotform.com/cadtraining/linkedin-retrenched-incentive

Sila pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap dan letakkan no telefon yang boleh dihubungi. 

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan ini : KLIK SINI


Akhir kata, jangan panik dan mudah berputus asa. Pastikan anda tahu dan tuntut hak anda sebagai pekerja yang diberhentikan serta ambil peluang yang disediakan terutamanya oleh kerajaan dengan sebaiknya. 

Sekian.

Sumber: LinkedIn (Mr. Vyasa Kandasamy)

Baca juga: Jawatan Kosong Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

Leave a Reply