Biasiswa Me.reka: Tajaan Penuh Untuk Para Graduan Yang Mencari Kerja ~ Kepada warganegara Malaysia terutamanya para graduan yang tidak mendapat tempat dalam pekerjaan pada waktu ini, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Me.reka yang dibuka khusus untuk membantu graduan membina kerjaya melalui gig digital.

Sila baca dengan teliti syarat permohonan dan kriteria kelayakan sebelum membuat permohonan.

Lihat juga: PenjanaKerjaya 3.0: Pelbagai Insentif Sehingga RM1,000 Untuk Pencari Kerja Dan Majikan


Maklumat Lanjut Biasiswa Me.reka

Biasiswa Me.reka dibiayai oleh rakan kongsi pihak Me.reka untuk membantu para graduan yang menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan. Bantuan biasiswa ini khususnya bertujuan membantu graduan membina kerjaya melalui gig digital.

Melalui Program Usahawan Digital ini, graduan diharapkan dapat mengadaptasi diri dengan kemahiran dan teknologi yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran kerja masa depan.

Program ini akan berlangsung selama 4 minggu untuk mempersiapkan anda dengan skill-skill yang diperlukan dalam abad ke-21 ini untuk membina kerjaya dalam dunia digital.

Program ini akan bermula pada 31 JULAI 2021 dan permohonan untuk kohort ini akan tutup pada 17 JULAI 2021. Oleh itu, sila buat permohonan sebelum 17 JULAI 2021

Lihat juga: RHB Graduate Programmes 2021 ~ Tarikh Tutup 28 Julai 2021


Kriteria Kelayakan Permohonan Biasiswa Me.reka

Untuk membuat permohonan Biasiswa Me.reka, anda perlu menepati kriteria yang ditetapkan seperti berikut.
Terdapat dua kategori biasiswa yang ditawarkan dan anda boleh memohon mengikut kriteria yang telah ditetapkan seperti gambar di bawah. 

Cara Memohon Biasiswa Me.reka

1. Anda perlu melayari laman web rasmi Me.reka di pautan:  https://www.mereka.my/digital-entrepreneur/scholarship. Anda akan di bawa ke halaman seperti gambar di bawah.

Klik “Pohon Biasiswa” untuk membuat permohonan.

 

2.  Kemudian, lengkapkan maklumat anda dan klik “Dapatkan Tempat Anda Hari Ini” seperti gambar sebelah kiri anda di bawah. Dengan itu, anda telah berjaya melengkapkan Fasa 1 permohonan biasiswa.

Seterusnya, klik “Teruskan Permohonan” (gambar kanan) untuk melengkapkan fasa kedua.

 

3. Klik “Let’s Start” untuk memulakan permohonan fasa kedua anda. 

4. Untuk langkah-langkah seterusnya, anda hanya perlu ikuti arahan yang diberikan. Lengkapkan permohonan anda selengkapnya. Pastikan anda mengisi maklumat yang betul dan emel yang aktif agar permohonan anda ditolak.

5. Setelah selesai, klik “Submit“.

6. Anda akan menerima email untuk pengesahan permohonan dan info selanjutnya melalui email yang anda berikan. 


Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghantar persoalan anda ke email: [email protected].

Akhir kata, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan semoga berjaya!

Lihat juga: PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja

 

Leave a Reply