PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja

PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja ~ Melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Elaun Mencari Pekerjaan khas buat pencari kerja termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. 

Kesemua golongan pencari kerja ini  akan menerima elaun sebanyak RM300 melalui inisiatif ini. 

Tan Sri Muhyiddin berkata, Elaun Mencari Pekerjaan akan diluaskan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal.

Sebelum ini, Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) ini dibuka untuk hanya untuk pencarum PERKESO. Namun kini para graduan, belia lepasan sekolah dan pekerja tidak formal juga akan menerima manfaat. 

Selain itu, kerajaan juga akan memperuntukkan RM125 juta bagi melaksanakan program “place and train” untuk belia lepasan sekolah dan para graduan melalui HRD Corp.

Program ‘place and train’ ini menghendaki pencari kerja untuk mengikuti program latihan kemahiran terlebih dahulu dengan jaminan mendapatkan pekerjaan selepas tamat latihan. 

Lihat Juga: 795 Jawatan Kosong Jobstreet Terkini ~ Fresh Grad Dan Entry Level

Daftar Dan Dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan

Anda dikehendaki untuk mendaftar di bawah platform MYFutureJobs untuk menerima elaun ini yang berjumlah sekurang-kurangnya RM300. 

Berikut ialah cara mudah untuk mendaftar akaun di  MYFutureJobs :

Cara Daftar MYFutureJobs 

Layari laman web rasmi MYFutureJobs di: https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja

  •  Klik “ Log Masuk  Pencari Kerja” sebagai pencari kerja untuk ke proses selanjutnya.
  • Anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mendaftar masuk seperti dibawah. 

  • Untuk pengguna kali pertama, klik “Daftar” di bahagian bawah kotak berhampiran dengan perkataan “Pengguna Baru”. 
  • Sekiranya anda pernah mendaftar, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian, klik “Log Masuk”.
  • Terlupa kata laluan; Klik “Lupa Kata Laluan” untuk mengemaskini kata laluan baru. 

 Lengkapkan maklumat anda di bahagian profil untuk penilaian majikan. 

Klik “Carian Pekerjaan” untuk mencari kerja yang anda inginkan mengikut lokasi anda.

__

Maklumat terkini mengenai inisiatif ini akan menyusul. Anda bolehlah mendaftar MYFutureJobs terlebih dahulu untuk melayakkan anda memohon. 

Sekian, terima kasih. 

Lihat Juga: Jawatan Kosong Fresh Graduate Engineering Terkini Julai 2021

Leave a Reply