“MPP YANG BUAT KERJA, NAMA ORANG LAIN YANG DIPUJA.”

 

Admin terbaca berkenaan dengan “KENYATAAN BERSAMA MAHASISWA MALAYSIA”. Admin yakin untuk keluarkan cadangan-cadangan tersebut untuk dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) memerlukan usaha dan perbincangan yang lumat.

Saudara Arash Azzazi iaitu MPP kita sempat berbincang secara ‘direct’ dengan Menteri Pengajian Tinggi(MPT) berkenaan dengan cara untuk diaplikasikan bagi memungkinkan pelajar dapat pulang ke kampung halaman. Perbincangan yang serius asbab keprihatinan beliau memikirkan perasaan dan nasib pelajar-pelajar.

Admin juga melihat kesungguhan semua YDP apabila mereka ‘upload’ gambar mereka di media sosial yang sedang ‘meeting’ bersama dengan MPT. ‘Meeting’ tersebut bertujuan untuk ‘update’ keadaan mahasiswa dan meluahkan segala perasaan yang kalian merungut di media sosial. Usaha ini dululah yang kalian pernah menyatakan kononnya “MPP TAK BUAT KERJA!”. Sangat tidak beradab!

Dan sekarang, bila usaha mereka telah membuahkan hasil untuk kemaslahatan pelajar, kalian berterima kasih pada orang yang salah pula! Cuba jawab soalan admin, “Kau ni memang tak reti menghargai ke?”.

Pelik dunia sekarang. Cukup mudah untuk digelar sebagai ‘hero’. Hanya duduk di rumah dan cukup sekadar berkicau di twitter, maka anda akan disanjung oleh golongan yang ‘buta’.

“Lembu punya susu, sapi yang dapat nama.” Orang lain berhempas pulas laksanakan kerja, orang lain pula yang disanjung. Suatu tindakan yang amat tidak wajar!

Bukalah mata kalian wahai MAHASISWA, mereka tidak mengharapkan apa-apa dari kalian. Mereka hanya laksanakan tanggungjawab mereka. Tapi, kalian merupakan golongan CERDIK PANDAI. Admin yakin kalian cukup CERDIK untuk menghargai kebaikan manusia. Cukup PANDAI untuk membezakan antara HERO SEBENAR dan yang sekadar ingin menumpang nama. Takkan nak tunggu admin sekolahkan baru nak sedar!? Gunalah otak cerdik kalian untuk menimbang tara!

Wahai kalian yang telah mengerah keringat, admin sangat BERTERIMA KASIH dan SYABAS admin ucapkan. Semoga kalian lebih maju ke hadapan dan mampu menghasilkan sesuatu yang berharga buat semua. Sehingga nama kalian disebut-sebut di dunia kerana kebaikan dan harum di akhirat membuahkan amalan.

 

#MahasiswaPrihatinMahasiswaCakna
#GMMTanyaAnda
#GMMPaduBukanBiasaBiasa
#MahasiswaSedar
#MPPKamiPerform

Leave a Reply