Banjir di pahang

Menjelang musim tengkujuh situasi banjir merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi bagi sesetengah negeri di Malaysia. Hujan yang tidak berhenti-henti selama berjam-jam akhirnya membawa kepada kenaikan air yang mendadak.

Namun, banjir yang melanda 5 negeri di Malaysia pada tahun 2021 ialah antara situasi banjir terburuk dalam sejarah dengan jumlah mangsa banjir melebihi 40,000 orang menjelang 10 Januari 2021. Antara negeri yang paling teruk terkesan dengan banjir musim tengkujuh ini ialah negeri Pahang.

Data dari Portal Info Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan Pahang mencatatkan kenaikan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada pagi 10 Januari 2021, iaitu sebanyak 26,540 orang berbanding 26,496 orang pada hari sebelumnya.

Daerah yang paling terkesan dengan situasi banjir di Pahang ialah daerah Temerloh yang mencatatkan lebih 11,000 mangsa yang telah dipindahkan ke PPS. Walau bagaimanapun, masih wujud lagi mangsa-mangsa banjir yang tidak berada di PPS dan berlindung di kawasan tinggi di kampung masing-masing.

Mangsa-mangsa ini juga memerlukan bantuan makanan dan keperluan kebersihan diri kerana tiada lagi jalan untuk mereka mendapatkan barangan-barangan tersebut kerana kenaikan air.Oleh itu, sejak beberapa hari yang lepas, golongan sukarelawan mahasiswa dari IPTA telah berusaha menyantuni mangsa-mangsa yang telah diasingkan dari dunia luar kerana kenaikan air, seperti penduduk kampung di Bukit dan Lurah Permata yang kini berlindung di sana.

Sukarelawan mahasiswa dengan bantuan sukarelawan tempatan dan pasukan keselamatan seperti bomba telah meredah air banjir dan arus yang deras untuk menghantar makanan segar yang dimasak sendiri bagi penduduk kampung.

Namun, kerana air deras, sukarelawan hanya mampu memasuki kawasan tersebut sehari sekali sahaja untuk membawa makanan. Kekurangan sumber kewangan juga bermaksud sukarelawan tidak mampu untuk memberi bantuan makanan kering, lilin bagi menghadapi kegelapan malam serta keperluan kebersihan diri untuk penduduk kampung.

Terkesan dengan situasi ini dan didorong keinginan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini, Demokrat UKM dengan kerjasama sukarelawan mahasiswa dari UMS dan UTHM telah membuat inisiatif untuk membuka sebuah tabung bantuan untuk penduduk kampung.

Tabung bantuan ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyediakan keperluan kebersihan diri dan keperluan wanita dan kanak-kanak di kampung tersebut selain untuk menyediakan pek makanan kering. Sasaran bagi tabung ini hanyalah RM2,000 yang dijangka mencukupi untuk menyediakan kesemua barangan tersebut untuk tempoh 2-3 minggu.

Kami sebagai sukarelawan mahasiswa berharap bahawa usaha dan inisiatif kecil kami ini cukup untuk mengerakkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya anda juga ingin memberikan sumbangan kewangan atau bantuan barangan bagi penduduk kampung di kawasan Batu Kapor ini, sila berhubung dengan Durrah Malek di talian 011-1229-2983 atau membuat dermaan anda ke akaun Bank Hsbc 079060141025 atas nama Durah Binti Abd Malek, jangan lupa untuk reference pembayaran – Bantuan Banjir Bato Kapor.

Usaha yang digerakkan oleh para mahasiswa ini bukan sahaja dapat membantu secara langsung golongan yang memerlukan, tetapi ia juga mengetengahkan peranan mahasiswa di dalam masyarakat secara amnya. Mahasiswa tugasnya bukan sahaja untuk berkuliah dan mendapatkan ilmu. Sebaliknya, mahasiswa yang holistik menggunakan ilmu serta platform yang ada pada dirinya untuk membantu dan menyantuni masyarakat yang suatu hari nanti akan ia sertai.

Sebagai mahasiswa, kami merasa bertanggungjawab untuk berbakti kepada masyarakat sehabis baik dengan tenaga dan kemampuan yang ada pada diri kami. Kita tidak boleh lupakan betapa bernilainya usaha dan semangat mahasiswa untuk sentiasa menyantuni masyarakat dalam menghadapi musibah melalui pelbagai saluran dan projek.

By Mansurni Abadi

Knowledge seeker and activist that help Indonesia moving library network in Sumatra island, graduate from American English Skills Development Center Manila, Philippines ( Diploma in English), IIB dharmakaya Lampung ( BA in Hr management ), and Muhammadiyah Lampung univ ( BA in psychology ) than ever work and study English and NLP in Australia ( Perth and Sydney ) and exchange to Laos, Cambodia, Myanmar, and Thailand. Currently, doing master degree research program in ethnic studies, National University of Malaysia, and active in a few local and international youth organization. I define my self as an activist who likes it with travel because when we explore the depth of our curiosity about the world, we are often called to challenge and question the way things are and why

Leave a Reply