Sumbangan #COVID19 Angkatan Gerak Minda Malaysia

 

#MohonShare 

Salam sejahtera,

Tabung bantuan kewangan ini adalah hasil inisiatif dari Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) yang kami tampil untuk memulakan tabung bantuan bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan setelah terkandas di asrama/kolej dan di rumah sewa masing-masing sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kami baru sahaja melancarkan kempen crowdfunding ini untuk membantu golongan pelajar yang mungkin terjejas secara ekonomi oleh perintah kawalan pergerakan.

Buat sahabat yang mencari cara untuk membantu orang lain dalam masa yang sukar ini, ini boleh menjadi salah satu cara. Tiada paksaan.

Sesiapa sahaja boleh menyumbang duit dengan nilai serendah RM1 kepada pengumpul dana ini melalui maklumat akaun bank yang telah disediakan dan ianya akan menjadi sangat penting kerana kita melakukannya bersama-sama.

Satu lagi cara untuk membantu adalah dengan membuat viral ini bagi kempen ini. Bantu kami untuk menyebarkan kempen ini supaya kami dapat mencapai lebih banyak lagi yang dapat membantu!

“Let’s flatten the curves” dan mari kita lakukan apa yang kita mampu untuk membantu antara satu sama lain.

Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi nombor telefon yang tertera di bawah.

#NyalakanTekad
#KitaJagaKita
#WeFightCovid_19

Leave a Reply