Untuk Hari-Hari Mendatang
Oleh: Ammar Azman

Ini entah kali yang ke berapa jam loceng telefon berbunyi dan bergegar sebelah bantal. Dia
sudah setkan lagu yang bunyi gitarnya mampu menggangu proses tidurnya yang mungkin
berterusan lama. Tetap kelopak matanya berat seprti ada setan yang bergayut bak kata orang
tua-tua.

Kepalanya ditekupkan kedalam bantal dan merungut kecil. Masih lagi sedap di belai mimpi
pada hari cuti ini; yang sebenarnya bukan cuti.

Semalam Perdana Menteri baru Malaysia dah declare perintah kawalan pergerakan. Aduh,
malasnya.

Mega matahari merempuh masuk terus dari jendela kamarnya. Sembahyang subuh tadi entah
ke mana. Bukan apa, semalam tengok movie dua jam punyalah sedap. Rasa tak berbaloi tidur
awal, monolognya. Esok bukan ada kelas. E-learning pun batal.

Mimpinya berakhir bila matanya tak mampu dipaksa tutup lagi. Tewas, dia bangkit ke dunia
nyata. Masih lagi duduk di sisi tilam. Dia lihat skrin telefonnya sambal matanya yang separa
sepet akibat silau cahaya. Sudah jam 9 pagi. Rileks, rutin singgah sosial medianya perlu
dilakukan. Dia bermula dengan Twitter. Topik apa yang viral? Of course, COVID -19. Takkan politik
kepartian pula. Bodoh pula nak bermain politik dalam pandemic ni. Tak kena tempat. Dia
menggeleng.

Facebook? Mengarut. Rakyat Facebook ramai yang aneh. Mudah terpengaruh. Dia garu
kepala yang tak gatal. Hairan dengan kelompok makan garam lebih ini. Tengok, dah terlebih
garam lah tu. Kan dah darah tinggi.

Instagram? Tak ada yang berubah. Mungkin artis dah mula cakna tentang apa yang jadi
sekarang. Apa nak hairan, semua orang nak nampak dia paling bagus.

Dia bangun perlahan-lahan pergi membersihkan diri dan ambil air sembahyang. Dia bentang
sejadah kusamnya di sebelah katil dan qadha solat subuh tadi. Walaupun lambat, kena buat
juga. Berhutang nanti dengan Tuhan.

Usai sembahyang, dengan berseluar pendek bunga-bunga Hawai dan tak berbaju, dia keluar
ke dapur. Periksa sekejap bekalan makanan untuk minggu ada lagi atau sudah habis. Telur
ada separuh papan lagi, roti ada satu per tiga, maggi ada dalam 2 bungkus lagi. Masih cukup
untuk hidup. Masih cukup untuk survive.

Tapi sampai bila? Lantaklah, Foodpanda ada, Dahmakan ada. Dia cukup salute semua
pekerja yang masih bekerja waktu begini. Order je apa apa, sampai punya.

Api dihidupkan di dapur. Kuali di dinding diambil dan diletakkan sambil mencurah sesudu
minyak. Dipecahkan telur sambil memastikan tiada kulit terpecah masuk sekali kedalam
mangkuk dahulu. Setelah minyak panas, dituangnya dengan perlahan ke dalam kuali yang
punggungnya sudah berjelaga hitam itu.

Diskripsi ini mungkin terlalu detail. Tapi itulah, sejak akhir-akhir ini, sengaja dia buat suatu
perkara itu dengan cermat. Mungkin nak isi masa yang terluang.

Biliknya yang tak pernah berkemas itu, tiba-tiba saja datang moodnya kali ini. Baju yang dah
tiga hari menggunung disisi katil, diambilnya satu persatu dan dilipat. Teringat pula pada
suara ibunya di rumah, bila dia dipaksa untuk melipat baju bersama adik-adik. Rindu pula
kan bila sorang-sorang di rumah sewa.

Dalam mengelamun, minyak dalam kuali tadi memercik pada tangannya. Api diperlahankan
untuk mengekalkan tekstur telur kuning dibahagian tengah untuk kekal cair supaya nanti ia
meleleh jatuh bila digigit dipertengahan roti.

Jika terlalu kuat, kuning telur akan beku sepenuhnya dan putih telur terlalu kering. Jika
terlalu perlahan, nanti lambat pula masak. Definisi telur yang sempurna baginya disisinya
rangup, di tengahnya lembut. Seorang tukang masak harus bijak mengawal api.

Usai goreng telur, dibakarnya dua keping roti Gardenia dalam toaster, dipicit sedikit sos Life
sebagai perasa tambahan dan untuk menceriakan lifenya dalam masa tiga hari ini. Jenaka ini
hambar seperti hidupnya yang kelihatan makin hambar.

Mungkin efek selepas rutin biasa setelah lima hari kebosanan di rumah. Nak buat apa lagi
selain daripada makan-tidur-berak-tengok-filem? Kita ikut saranan kerajaan. Nanti bila tak
ada cuti, mulalah nak merengek macam budak kecil nak cuti. A true Malaysian.

Dipanaskan air dalam water heater dibucu dapur. Sementara menunggu air mengelegak, dia
ambil serbuk kopi dalam balang plastik atas rak dan bukanya. Aroma serbuk kopi murah itu
dihidunya dengan dalam. Nikmat.

Air yang sudah mengelegak dicurahkan terus keatas permukaan serbuk kopi lalu menyimbah
dengan penuh seni dan dilarutkannya perlahan-lahan. Seluruh dapur semerbak aroma yang
terus menjentik memori nostalgik di mindanya. Hanya pecinta kopi tahu betapa wanginya
aroma kopi lebih daripada setanggi.

Teringat pula saat semasa pertama kali dia bersama kekasihnya dahulu, di kedai kopi hipster.
Kekasihnya yang bayar date itu. Nak harapkan apa pada peminjam PTPTN seperti dia.

Setakat nak tampung makanan harian boleh lah. Nak bayarkan? Mungkin dia terpaksa ikat
perut untuk dua bulan dan makan maggi sebagai makanan ruji.

Tapi, pergi mampus. Dia kesah apa. Kekasihnya dah ada jantan lain pun. Kekasihnya lari,
tapi cintanya pada kopi tetap lagi bersemi. Pui.

Roti yang telah dibakar tadi diletakkan diatas dan dibawah telur goreng perfecto diatas
pinggan. Benjo versi bujang yang terperangkap dalam rumah sudah siap untuk dibaham
perutnya yang sudah semakin liar mengaum. Secawan kopi hangat sudah tersedia disisi untuk
diseduh.

Sarapan pagi cuti Corona dia sudah siap. Kau pula bagaimana?

Leave a Reply