M

2019 akan menjadi tahun perintis generasi lepasan SPM yang sudah mempunyai kemahiran asas pembangunan laman web. Percaya atau tidak, sekiranya mereka mengambil subjek elektif Sains Komputer, mereka sudah boleh jana pendapatan sampingan sebagai freelancer.

Anda tak percaya?

Anda boleh semak sukatan pelajaran Sains Komputer Tingkatan 5. Mereka sudah belajar seperti mahasiswa Sains Komputer tahun kedua/ketiga di Universiti. Dengan pengetahuan dalam programming language seperti PHP dan asas database MySQL, boleh saja mereka membina laman web seperti e-commerce. Hal ini tidak mustahil.

2019 juga akan menyaksikan generasi pertama pelajar tingkatan 3 yang mengambil subjek baru Asas Sains Komputer (ASK) menggantikan Kemahiran Hidup (atau nama barunya, Reka Bentuk dan Teknologi).

Apa yang mereka belajar?

Mereka akan belajar programming language yang paling popular iaitu Python dan asas pengkalan data (database). Apa yang mereka mampu bina setelah tamat tingkatan 3? Mereka akan mampu membina software asas seperti Paint, Kalkulator dan sebagainya.

Jadi, mahasiswa hari ini akan jauh ketinggalan berbanding junior mereka nanti sekiranya sukatan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda masih tidak dikemaskini bersesuaian dengan trend teknologi hari ini.

Untuk universiti kekal releven dalam masa 5 tahun ke atas bermula 2019, perubahan mesti dilakukan dengan pantas. Mungkin saja, saringan yang lebih ketat akan dikenakan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang IT atau Sains Komputer ini. Akan tetapi, sukatan pelajaran mestilah bersesuaian seiring dengan saringan yang dilakukan.

Sungguh, teknologi sudah berkembang terlalu pantas sampai tidak terkejar oleh manusia pada hari ini! Lambakan graduan IT akan bertambah bak cendawan selepas hujan, cuma soalnya, sejauh manakah kebolehpasaran mereka?

Leave a Reply