Protes sosial adalah sebuah perbuatan untuk menyampaikan mesej bahawa kita tak sepatutnya hidup seperti ini. Jika kita merasakan sesuatu dengan sedalamnya, kita akan memastikan mesej itu sampai kepada orang lain sama seperti apa yang kita rasa, kita akan mencuba mencari jawapan yang membawa kepada perubahan. Kerana saat kita mengenali apa yang kita rasa, saat itu kita akan menuntut kepada kehidupan yang mengarah kepada perasaan itu. – Audre Lorde

Perbuatan mengkritik secara terbuka ini diraikan, apatah lagi dalam kalangan mahasiswa; bukan sahaja kritik biasa malah tak perlu kita selindung, secara terang-terangan maki hamun juga sudah biasa dalam gerak kerja. Mungkin Rahman sahaja berbeza, dia sekadar menulis status yang kabur dan merasakan dirinya sudah mengkritik dengan bijak dan terbuka. Darah muda, semua mahu laju dengan cara masing – masing, kita faham. Tapi perlu juga sedar, kritik ini hanya satu perbuatan. Dari satu perbuatan ini hasilnya mencapah; banyak yang boleh terjadi.

Rahman ada menyebut, “bodoh – bergaduh soal method of approach”. Memang. Memang bodoh. Bodoh lagi jika memang mengenali satu sama lain tetapi menggunakan sosial media untuk menyampaikan mesej, sok gagah depan khalayak tapi dengan kawan tidak bertegur sapa secara terus untuk menyatakan yang sebetulnya. Jijik kita seronok menyindir dan yang membaca adalah kawan-kawan kita yang naif. Kita perlu malu kerana hal hal kecil diuar-uarkan, naratif sebenar dimanipulasi.

Stosny (2014) dalam artikelnya Whats Wrong With Criticism ada menyenaraikan 5 sebab mengapa kritikan tidak berjaya dan salah satunya mengenai perbuatan  menjatuhkan – melakukan kritikan dengan cara yang menjatuhkan. Perangai menjatuhkan ini bak kata Gibran; adalah perangai orang – orang  kecil.

“To belittle, you have to be little”.

Sekian, kawan.

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply