Baru-baru ini kecoh berkenaan seorang pengawal keselamatan, Arshad Masdin, 26, di UNIVERSITI MALAYSIA SABAH telah mencuba untuk merogol seorang pelajar yang merupakan mahasiswi di universiti itu juga.

Mengikut pertuduhan kejadian ini berlaku pada 15 Julai jam 12.30 tengah malam, di dalam bilik asrama yang mana terletak di dalam institusi pengajian tinggi tersebut. Tertuduh tidak mengaku bersalah dan telah dibenarkan untuk diberikan ikat jamin oleh Hakim Ainul sebanyak RM5,000.

Pelbagai persoalan yang timbul diantaranya adakah pengawal tersebut benar-benar telah melakukan perbuatan terkutuk seperti yang dituduh, atau ada berlaku sebarang pengkhianatan yang ingin menjatuhkan nama baik individu mahupun nama universiti. Selain itu, persoalan yang turut timbul mengapa pihak Pentadbiran Universiti dan Majlis Perwakilan Pelajar UMS terus berdiam diri sehingga ke hari ini.

Kes ini merupakan kes yang amat kritikal terutama didalam sebuah pusat pengajian yang sepatutnya dikawal dengan rapi untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar disana.

Namun menjadi barah apabila kes ini dilakukan sendiri oleh pihak keselamatan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab untuk memelihara keselamatan kawasan tersebut.

Saya mendesak pihak Universiti Malaysia Sabah dan pihak berwajib untuk membawa kes ini dengan seadilnya tanpa memberikan sebarang kompromi tidak kira kepada pelajar tersebut mahupun yang tertuduh.

Disamping itu, pihak universiti perlu memberikan jaminan kepada seluruh warga institusi tersebut supaya mereka yakin dengan tahap keselamatan diri mereka disana. Hal ini amat perlu supaya nama baik universiti dapat dipelihara dengan sebaiknya.

Untuk itu, saya mendesak pihak universiti dan Professor Dr. Ismail Ali (TNC HEPA UMS) untuk bertindak dengan sewajarnya bagi membersihkan semula nama institusi pengajian tinggi awam di Sabah.

AYUH TUKAR GAMBAR PROFIL FB ANDA DENGAN POSTER DIBAWAH SEBAGAI TANDA SOLIDARITI TERHADAP MAHASISWI TERSEBUT!

Syed Syaqir Adhli bin Syed Redzuan
Aktivis Gagasan Siswa Merdeka
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan.

Leave a Reply