Jefry Musa – Membina budaya baru memerlukan masa

Saya menyambut baik seruan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Dr Maszlee Malik membuka ruang kepada mahasiswa mengadakan sebarang wacana ilmiah tanpa halangan. Ini merupakan langkah mula yang cukup baik, jujur terlalu awal untuk saya mengkritik sebarang dasar di bawah kementerian yang baru ini.

Namun saya fikir cabaran yang paling besar harus dipikul oleh Dr Maszlee Malik adalah untuk membina semula budaya interlektual di dalam kampus-kampus universiti. Membina budaya ini merupakan sesuatu pekara yang memakan masa dan pada awalnya mungkin tidak ramai yang dapat faham dan menerima kepentingan/pembaharuan ini kerana sudah terbiasa dengan budaya yang lama.

Saya fikir meletak beban kepada mahasiswa untuk mula dan terus bertindak selepas pembaharuan ini tidaklah tepat. Sepatutnya ahli-ahli akademik yang harus mula memainkan peranan mengstrukturkan semula hala tuju universiti dan persatuan-persatuan mahasiswa terutamanya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Bagi mahasiswa, saya fikir mereka masih belum bersedia untuk menerima pembaharuan ini seperti burung yang baru dilepaskan daripada sangkar.

Beberapa perkara yang saya fikir perlu ditekankan oleh warga universiti bagi menyahut seruan kementerian hari ini.

1. Memperkasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP tidak harus lagi menjadi badan pengantara diantara universiti dan mahasiswa, mereka harus diberi kuasa terlibat di dalam perbincangan/keputusan lembaga universiti.

2. Membina universiti awam yang transparent. Segala peruntukan/pembelanjaan universiti harus di audit dan dapat di akses secara umum.

3. Mengembalikan peruntukan kepada universiti. Melihat hutang negara yang masih tidak melebihi paras 55% daripada KDNKK, maka peruntukan kepada pendidikan boleh dan perlu dipulanglan dan ditingkatkan.

4. Menghadkan kuasa Hal Ehwal Pelajar (HEP), dengan memberi kebebasan kepada persatuan-persatuan mahasiswa untuk membuat keputusan di dalam organisasi. Hal ini termasuk dengan kewangan persatuan yang diurus sepenuhnya oleh persatuan tanpa campur tangan universiti.

5. Proses melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor harus diberikan kepada universiti, bukan sepenuhnya atas kuasa menteri.

6. Mula menuntut pendidikan percuma.

Jefry Musa

Leave a Reply